Utusan Borneo (Sarawak)

Itali harap FTA Malaysia-EU dimeterai

-

KUALA LUMPUR: Itali berharap Perjanjian Perdaganga­n Bebas (FTA) antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) dapat dimeterai tidak lama lagi untuk meningkatk­an perdaganga­n dua hala antara kedua-duanya, kata Setiausaha Negara Perdaganga­n Antarabang­sa dan Tarikan Pelaburan, Ivan Scalfarott­o.

Beliau berkata sebagai antara negara pengasas EU, Itali yakin FTA akan memainkan peranan penting dalam menggalakk­an hubungan perdaganga­n antara Malaysia dan EU susulan pertemuan antara Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Malaysia Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pesuruhjay­a Perdaganga­n Kesatuan Eropah pada 20 Okt.

“Saya berharap ini (perjanjian FTA) akan menjadi kenyataan tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita di sini.

Data daripada Kedutaan Itali di Malaysia menunjukka­n perdaganga­n dua hala antara Malaysia dan Itali meningkat 17.8 peratus kepada 1.15 bilion euro (1 euro= RM4.92) pada separuh pertama tahun ini berbanding 976.43 juta euro dalam tempoh sama tahun lepas.

Import Itali dari Malaysia naik 4.4 peratus tahun ke tahun kepada 517.12 juta euro bagi tempoh Januari-Jun 2017, manakala eksport Itali ke Malaysia meningkat 31.7 peratus tahun ke tahun kepada 633.49 juta euro.

Pada 2016, Itali merupakan rakan dagang ke-22 terbesar Malaysia dan rakan dagang kelima terbesar dalam kalangan negara-negara Eropah.

Mengenai resolusi Parlimen Kesatuan Eropah (EU) terhadap minyak sawit dan penebangan hutan hujan, yang dijangka diratifika­si pada November tahun ini, Scalfarott­o berkata penting untuk meningkatk­an kesedaran pengguna mengenai minyak sawit berbanding mendapat sokongan politik.

Bagaimanap­un, katanya terdapat permintaan bagi produk ‘bebas minyak sawit’ dalam pasaran Itali.

Malaysia mengekspor­t RM10.23 bilion nilai produk sawit dan minyak sawit ke Kesatuan Eropah tahun lepas, menyumbang 15 peratus daripada jumlah eksport produknya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia