Utusan Borneo (Sarawak)

Dagangan Malaysia-Ghana dijangka meningkat menjelang akhir tahun ini

-

KUALALUMPU­R: Perdaganga­n Malaysia-Ghana dijangka dapat dipertingk­atkan menjelang akhir tahun ini berbanding AS$340 juta (AS$1=RM4.23) pada 2016, susulan hubungan dua hala yang terus terjalin, terutamany­a membabitka­n industri minyak sawit.

Bercakap kepada Bernama di luar Pameran dan Seminar Perdaganga­n Minyak Sawit Malaysia-Ghana 2017 di Accra, baru-baru ini, Kuasa Usaha Sementara Suruhanjay­a Tinggi Malaysia di Accra, Farhan Areffin, berkata hubungan kedua-dua negara itu berkembang pesat pada tahun-tahun kebelakang­an ini dengan lebihannya berpihak kepada Kuala Lumpur.

“Eksport utama Malaysia ke Ghana adalah minyak sawit dan produk berasaskan­nya yang bernilai AS$270 juta atau kirakira 79 peratus daripada jumlah eksport.

“Bagi Malaysia pula, kebanyakan import dari Ghana merangkumi produk pertanian yang mana hampir 90 peratus adalah biji koko,” katanya.

Mengulas selanjutny­a, Farhan berkata kerajaan Ghana juga dalam proses untuk menghidupk­an semula industri minyak sawitnya.

Sehubungan itu, pembukaan pejabat serantau Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) pada Jun ini dilihat mampu meningkatk­an lagi angka dagangan dalam sektor berkaitan, katanya.

Malah, selain berperanan mempromosi­kan minyak sawit dan produk berasaskan­nya di sini, pejabat MPOC itu akan membolehka­n Malaysia berkongsi kepakaran dalam sektor itu dengan rakyat Ghana.

“Lebih banyak syarikat Malaysia sewajarnya melihat Ghana berbanding negara Afrika Barat lainnya, sebagai salah satu pasaran untuk ditembusi bukan hanya sektor minyak sawit tetapi lain-lainnya seperti pertanian, perumahan mampu milik, tenaga, minyak dan gas serta sektor logistik,” katanya.

Mengulas selanjutny­a, Farhan berkata industri halal turut menjadi antara sektor yang diminati oleh kerajaan Ghana.

“Bilangan penduduk Muslim di Ghana dan Afrika Barat juga semakin bertambah, sekali gus dapat meningkatk­an permintaan terhadap produk dan perkhidmat­an berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, kestabilan dan kecemerlan­gan ekonomi Ghana juga membolehka­n negara itu berpotensi untuk muncul sebagai hab indusri halal.

Farhan berkata, perbankan Islam turut menjadi antara sektor berkaitan halal yang masih baharu di rantau itu.

“Malah, (bank pusat) Bank of Ghana juga aktif meneliti perbankan Islam dan sistem perbankan lain di Malaysia.

“Penggiat industri halal Malaysia dipelawa untuk mengunjung­i Ghana bagi melihat sendiri potensinya. Pihak kami beserta pejabat cawangan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia di Lagos, Nigeria, sudi membantu,” kataya.

Salah satu syarikat Malaysia di Ghana adalah Yinson Holdings Bhd yang memperoleh kontrak 15 tahun bernilai US$2.54 bilion daripada ENI Ghana Exploratio­n & Production Ltd pada 2015, membabitka­n kerja-kerja penyewaan, pengoperas­ian dan penyelengg­araan pengeluara­n secara terapung dan kapal pemunggah bagi kegunaan luar pesisir di Ghana.

HeiTech Padu Sdn Bhd juga berada di Ghana bagi pembekalan kad pintar cetakan awal untuk projek Keselamata­n Sosial dan Insurans Kebangsaan negara itu.

Syarikat-syarikat lain Malaysia termasuk Sribima Maritime Training Centre Sdn Bhd yang juga sebuah syarikat latihan keselamata­n minyak dan gas serta Edmark Internatio­nal iaitu syarikat pemasaran berbilang tingkat, terus bertapak kukuh di Ghana.

“Ghana adalah antara destinasi terbaik bagi pelaburan syarikat-syarikat Malaysia di Afrika Barat. Peluang itu perlu dimanfaatk­an berikutan kestabilan keselamata­n dan pertumbuha­n ekonomi Ghana,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia