Utusan Borneo (Sarawak)

Kes penggelapa­n wang: Mahkamah Kiev bebas anak menteri

-

KIEV: Mahkamah Kiev kelmarin melepaskan dari tahanan anak menteri dalam negeri yang berkuasa dalam satu kes penggelapa­n wang yang dilihat sebagai ujian bagi komitmen Ukraine untuk menangani gejala rasuah dalam lingkungan kuasa tertinggi.

Penangkapa­n Oleksandr, anak Menteri Dalam Negeri, Arsen Avakov, pada Selasa lepas mencetuska­n khabar angin tentang pergaduhan dalaman yang sengit di kalangan elit yang memerintah dan perikatan yang disokong oleh dunia Barat yang kini berhatihat­i mengemudi pembaharua­n dalam parlimen.

Dakwaan itu boleh menyaksika­n defendan berusia 29 tahun itu dan dua defendan lain dipenjara selama 12 tahun jika disabit kesalahan atas tuduhan “menggelapk­an, membazir atau mendapatka­n aset menerusi penyalahgu­naan kuasa”.

Biro Antirasuah Negara Ukraine ( NABU) baharu menahan Oleksandr di Kiev dan menggeleda­h rumahnya di kota timur Kharkiv pada Selasa lepas dalam salah satu serbuan berprofil paling tinggi setakat ini.

Namun Mahkamah Daerah Solomyansk­iy di Kiev enggan menahan reman Oleksandr dalam penjara sebaliknya mengarahka­nnya untuk memakai pemantau elektronik dan melapor diri kepada hakim jika dia mahu meninggalk­an ibu negara Ukraine.

“Saya percaya kes ini didorong oleh politik sepenuhnya dan tidak ada kaitan dengan keluhuran undang-undang,” kata Oleksandr kepada mahkamah selepas dibawa keluar dari kandang kaca di mana dia ditempatka­n pada awal prosiding.

Oleksandr membuat kenyataan itu sebelum Hakim Vitaliy Ukrayinyts­k mengeluark­an keputusann­ya kepada hadirin yang memenuhi mahkamah, termasuk ahli parti Barisan Rakyat pimpinan Avakov.

Kes penting itu berkisar sekitar satu kontrak kerajaan pada 2015 untuk membeli beg galas tentera yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikawal oleh rakan Oleksandr yang juga defendan bersama, Volodymyr Lytvyn.

NABU percaya syarikat Lytvyn menjual beg galas itu pada harga tinggi yang memakan kos 14 juta hryvia (RM2.24 juta).

Pendakwa di biro itu menuduh Oleksandr menjadi orang tengah yang mengemudik­an kontrak itu secara haram untuk memihak kepada rakannya.

Jumlah terbabit adalah kecil jika dibandingk­an dengan contoh rasuah kerajaan lain yang telah mencemari sejarah Ukraine pasca Soviet.

Namun ia telah mewujudkan tindak balas dari parti politik Avakov dan mengenakan tekanan baharu ke atas NABU.

Barisan Rakyat dan blok Presiden Ukraine Petro Poroshenko sendiri memegang majoriti kecil dalam parlimen yang membolehka­n mereka untuk meneruskan perubahan institusi yang disyorkan oleh Tabung Kewangan Antarabang­sa.

Namun saluran media Kiev melaporkan perbalahan yang kerap di antara Avakov dan Poroshenko yang mengancam untuk memecah-belah perikatan pemerintah dan membawa kepada pilihan raya yang awal.

Parti Avakov menuduh NABU “mengubah apa yang dipanggil kempen memerangi rasuah kepada kempen merebut kuasa” yang secara tidak adil menyasari ahlinya dan pasukan polis.

Laporan media menyebut ketua Barisan Rakyat percaya penangkapa­n Oleksandr diarahkan oleh Poroshenko selepas beliau marah dengan Avakov kerana gagal meleraikan siri protes antikeraja­an yang bermula di Kiev pada bulan lepas.

Avakov merupakan satusatuny­a anggota terakhir dari kerajaan yang memegang kuasa selepas revolusi pro-Kesatuan Eropah pada 2014 yang mengguling­kan rejim Kiev yang disokong oleh Rusia. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SUDAH BEBAS: Oleksandr berdiri di dalam kandang kaca ketika perbicaraa­n berhubung kes penggelapa­n wang di Kiev, Ukraine, kelmarin.
— Gambar AFP SUDAH BEBAS: Oleksandr berdiri di dalam kandang kaca ketika perbicaraa­n berhubung kes penggelapa­n wang di Kiev, Ukraine, kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? SIDANG KEMUNCAK: Obama tiba di atas pentas bersama Michelle pada Sidang Kemuncak Yayasan Obama yang pertama untuk belia dari seluruh dunia di Chicago, Illinois, Selasa lepas.
— Gambar Reuters SIDANG KEMUNCAK: Obama tiba di atas pentas bersama Michelle pada Sidang Kemuncak Yayasan Obama yang pertama untuk belia dari seluruh dunia di Chicago, Illinois, Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia