Utusan Borneo (Sarawak)

Skandal gangguan seksual: Menteri UK meletak jawatan

Mohon maaf letak tangan di atas lutut wartawan politik

-

LONDON: Setiausaha Pertahanan Britain Michael Fallon meletak jawatan sebagai menteri kerajaan kelmarin dalam skandal berhubung gangguan seksual yang semakin serius di Westminste­r.

“Beberapa dakwaan telah muncul mengenai Ahli Parlimen (MP) sejak beberapa hari lalu, termasuk beberapa dakwaan tentang kelakuan saya sebelum ini. Kebanyakan dakwaan ini palsu tetapi saya menerima hakikat bahawa pada masa lalu, saya telah jatuh di bawah standard tinggi yang kita tuntut daripada angkatan tentera yang saya pernah berbesar hati untuk wakili,” tulis Fallon dalam sepucuk surat perletakan kepada Perdana Menteri Theresa May.

Fallon, yang berhasrat untuk kekal sebagai MP, memohon maaf pada minggu ini kerana meletak tangannya di atas lutut wartawan politik, Julia Hartley-Brewer.

Ketika beliau muncul dalam televisyen, Hartley-Brewer berkata beliau tidak fikir perletakan Fallon dari kabinet dibuat hanya berdasarka­n insiden pada 2002 itu.

“Saya mengandaik­an lebih banyak dakwaan yang akan datang,” katanya kepada Sky News.

“Saya sangat meragui bahawa ia adalah kerana lutut saya dan jika ia adalah kerana itu, saya rasa itu benar-benar sasau dan tidak masuk akal dan gila.”

Fallon tidak menjawab secara terus ketika ditanya oleh BBC sama ada beliau bimbang atau tidak bahawa lebih banyak cerita yang akan muncul berhubung tingkah lakunya.

“Budaya sudah berubah selama ini, apa yang mungkin diterima 15, 10 tahun lalu jelas tidak dapat diterima sekarang,” katanya kepada badan penyiaran Britain itu.

May telah menuntut agar peraturan mengenai tingkah laku MP diperketat­kan dan meminta pertemuan pada minggu depan dengan ketua parti lain, ekoran kemunculan beberapa dakwaan tentang gangguan seksual di Westminste­r.

Dalam sepucuk surat kepada Fallon, yang pertama kali dipilih ke parlimen pada 1983, May mengucapka­n terima kasih kepadanya bagi “karier yang lama dan mengagumka­n sebagai menteri”.

“Saya menghargai cara anda yang biasanya serius ketika mempertimb­angkan kedudukan anda, dan contoh khusus yang anda ingin tunjukkan kepada anggota keselamata­n dan lain-lain,” beliau menulis.

Fallon sudah berkhidmat sebagai setiausaha pertahanan sejak 2014 dan dilihat sebagai tokoh yang stabil dalam Parti Konservati­f, dan kerap ditampilka­n untuk mempertaha­nkan kerajaan menerusi televisyen dan radio.

Perletakan­nya boleh memaksa May untuk mem- buat rombakan yang sukar, yang berlaku ketika perdana menteri itu berdepan dengan masalah untuk membendung perpecahan Brexit dalam partinya sendiri dan menunjukka­n kuasa selepas tindakanny­a mengadakan pilihan raya tergempar pada Jun lalu memakan diri.

Kerajaan May telah diganggu oleh beberapa dakwaan tentang gangguan seksual, dan siasatan sedang dijalankan ke atas dakwaan bahawa timbalan hakikinya Damian Green menyentuh lutut wartawan Kate Maltby dan kemudian menghantar pesanan teks yang lucah kepadanya.

Green berkata ia “sama sekali tidak benar bahawa saya pernah membuat sebarang tindakan seksual” terhadap wartawan itu.

Menteri muda perdaganga­n Mark Garnier juga sedang disiasat atas tuduhan melanggar kod menteri kerana meminta bekas setiausaha­nya untuk membeli alat permainan seks untuknya pada 2010.

Puluhan ahli politik dari parti Konservati­f yang memerintah telah disenaraik­an dalam satu ‘spreadshee­t’ yang diedarkan di Westminste­r, dilaporkan menceritak­an tentang hubungan biasa, kecenderun­gan seksual serta dakwaan yang tidak dinyatakan dan tidak disahkan mengenai tingkah laku yang tidak wajar. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? LAWATAN PERTAMA: Suu Kyi (tengah) tiba di Lapangan Terbang Sittwe di negeri Rakhine semalam.
— Gambar Reuters LAWATAN PERTAMA: Suu Kyi (tengah) tiba di Lapangan Terbang Sittwe di negeri Rakhine semalam.
 ?? — Gambar Reuters ?? MELETAK JAWATAN: Fallon meletak jawatan sebagai menteri kerajaan kelmarin dalam skandal berhubung gangguan seksual yang semakin serius di Westminste­r.
— Gambar Reuters MELETAK JAWATAN: Fallon meletak jawatan sebagai menteri kerajaan kelmarin dalam skandal berhubung gangguan seksual yang semakin serius di Westminste­r.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia