Utusan Borneo (Sarawak)

Obama gesa belia seluruh dunia tuntut perubahan

-

CHICAGO: Bekas presiden Amerika Syarikat Barack Obama menggesa belia dari seluruh dunia untuk menuntut perubahan dan menerima perkhidmat­an awam, ketika beliau menutup sidang kemuncak belia kelmarin.

Disertai bekas wanita pertama Michelle Obama, perhimpuna­n itu menyatukan sekumpulan tokoh yang pelbagai, daripada Putera Harry dari Britain, kepada chef selebriti Jose Andres dan Susan Rice, bekas penasihat keselamata­n negara Obama ketika Obama menjadi presiden.

Penyanyi Gloria Estefan dan penyanyi rap Common adalah antara artis-artis yang menutup sidang kemuncak dua hari itu dengan konsert.

“Saya tidak mungkin lebih didorong oleh apa yang saya lihat dan apa yang saya dengar dari anda semua,” kata Obama dalam ucapan untuk menutup bengkel dan panel penceramah.

“Apa yang saya lihat adalah kemungkina­n bagi perubahan. Apa yang saya lihat adalah potensi generasi yang akan datang selepas kita,” katanya.

Hampir tanpa politik sepenuhnya, acara itu memberi tumpuan kepada cara untuk membantu kira- kira 500 ketua dan aktivis belia dari 60 buah negara mencapai matlamat mereka dengan lebih baik.

Michelle Obama, dalam perbincang­an yang jujur pada awal kelmarin, tanpa sengaja bercakap mengenai politik.

“Kita tidak boleh menyebut sahaja apa yang ada dalam fikiran kita. Kita tidak tweet setiap fikiran. Kebanyakan fikiran awal kita yang pertama tidak wajar didedahkan,” kata bekas wanita pertama itu yang menerima tepukan.

Namun, beliau dengan cepat menambah, “Saya tidak bercakap mengenai sesiapa secara khusus, kerana semua orang berbuat demikian.”

Sidang kemuncak julung kali oleh Yayasan Obama itu, yang sedang membina perpustaka­an presiden di bandar raya tengah barat di mana beliau bermula dalam dunia politik, dilabel sebagai peluang bagi ketua dan aktivis muda dari seluruh dunia untuk belajar dari satu sama lain dan dari pakar.

Peserta dicalonkan oleh belia lain di negara masingmasi­ng atau dipilih daripada antara 20,000 pemohon. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia