Utusan Borneo (Sarawak)

Suu Kyi adakan lawatan pertama ke Rakhine

-

SITTWE: Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi tiba untuk lawatan pertamanya ke negeri Rakhine yang dilanda konflik di utara negara semalam, kata seorang pegawai, satu lawatan yang tidak diumumkan ke kawasan yang telah menyaksika­n kebanyakan populasi Muslim Rohingya terpaksa meninggalk­an negeri itu oleh kempen tentera.

Suu Kyi, seorang penerima anugerah Nobel yang mengetuai parti prodemokra­si di Myanmar, telah dikritik hebat oleh masyarakat antarabang­sa kerana gagal menggunaka­n kuasa moralnya untuk bersuara bagi membela masyarakat Rohingya.

Kira-kira 600,000 orang daripada masyarakat minoriti tanpa negara itu sudah lari ke Bangladesh sejak hujung Ogos lalu dan membawa cerita tentang pembunuhan, pencabulan dan pembakaran oleh tentera Myanmar, selepas serangan militan mencetuska­n tindak balas tentera yang kejam.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata operasi itu sama seperti pembersiha­n etnik, manakala tekanan sudah meningkat ke atas Myanmar untuk menjaga keselamata­n orang Rohingya dan membenarka­n orang untuk kembali ke rumah.

“Kaunselor Negara (gelaran rasmi Suu Kyi) kini berada di Sittwe dan akan pergi ke Maungdaw dan Buthidaung juga. Ia adalah lawatan sehari,” kata jurucakap kerajaan Zaw Htay kepada AFP, yang menyebut nama dua pusat keganasan tetapi tidak memberitah­u lanjut tentang jadualnya.

Ia merupakan lawatan rasminya yang pertama ke utara Rakhine, yang telah menyaksika­n sebahagian daripada keganasan kaum paling buruk yang pernah berlaku di negeri barat itu sejak 2012, sekali gus merosakkan reputasi global Myanmar.

Ia tidak jelas sama ada Suu Kyi akan melawat sebahagian daripada ratusan buah kampung Rohingya yang dibakar oleh tentera – didakwa dibantu oleh penduduk tempatan etnik Rakhine beragama Buddha – atau sama ada dia akan melihat kluster kumpulan Muslim itu yang masih ada, yang hidup dalam ketakutan dan kebuluran dikeliling­i jiran yang membenci mereka.

Ribuan lagi dipercayai masih berkampung di tepi pantai dekat Maungdaw untuk menunggu bot ke Bangladesh dalam keadaan yang semakin berbahaya.

Kaum Rohingya dibenci di Myanmar, negara majoriti penganut Buddha, di mana mereka dinafikan kerakyatan dan ditepis ramai sebagai pendatang “Bengali” tanpa izin.

Status sah mereka adalah punca bagi ketegangan kaum, dan masyarakat etnik Rakhine beragama Buddha bertegas menyatakan orang Rohingya adalah orang asing. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia