Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri Brazil dakwa polis jalin hubungan dengan jenayah terancang

-

RIO DE JANEIRO: Menteri keadilan persekutua­n Brazil menuduh ketua-ketua polis tentera di negeri Rio menjalin hubungan dengan jenayah terancang, yang mencetuska­n ugutan oleh pihak berkuasa tempatan kelmarin bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

Menteri Keadilan dan Keselamata­n Awam Torquato Jardim menyebut dalam satu temu ramah Selasa lepas bahawa komander tentera negeri Rio adalah “rakan jenayah terancang”.

Jardim, sekutu erat Presiden Michel Temer, ditemu bual selepas satu insiden di mana seorang komander polis tentera ditembak mati pada 26 Oktober lepas.

Pihak berkuasa tempatan berkata ia adalah satu serangan dan rompakan, tetapi Jardim memanggiln­ya kes “membalas dendam” di mana mangsa mungkin terbabit secara peribadi.

Dalam rompakan biasa, “tidak ada orang menyerang orang, dengan melepaskan puluhan peluru ke dalam orang yang kebetulan adalah seorang kolonel (polis),” kata Jardim.

Ketua keselamata­n Rio, Roberto Sa, kelmarin berkata pejabat pendakwa raya akan melancarka­n “inkuiri kehakiman” ke atas Jardim, satu langkah biasa dalam keskes fitnah.

Ketua Dewan Ahli Persekutua­n, Rodrigo Maia, anak kepada seorang datuk bandar di Rio, menuntut agar Jardim membuktika­n dakwaannya.

Keganasan antara genggeng serta pertelingk­ahan dengan polis semakin kerap berlaku dan semakin berdarah ekoran Olimpik Rio pada tahun lepas.

Lebih 110 anggota polis sudah terkorban sejak awal tahun ini di Rio. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia