Utusan Borneo (Sarawak)

UK mohon Libya ekstradisi saudara Abedi

-

LONDON: Polis Britain yang menyiasat serangan bom berdarah ke atas sebuah konsert di Manchester awal tahun ini kelmarin berkata mereka sudah memohon ekstradisi bagi saudara penyerang terbabit dari Libya.

Salman Abedi membunuh 22 orang ketika dia meledakkan bom bunuh diri selepas konsert oleh bintang pop Ariana Grande, serangan pengganas terburuk di Britain dalam tempoh lebih sedekad.

Abedi, yang dilahirkan di Manchester kepada ibu bapa Libya, dipercayai telah pergi ke Libya sebelum serangan bom pada 22 Mei lalu.

Polis Greater Manchester berkata mereka kini sudah mengumpul bukti yang cukup untuk memohon dan diberi waran tangkap bagi saudara perang, Hashem Abedi.

“Waran tangkap itu ada kaitan dengan pembunuhan 22 orang, cubaan membunuh orang lain yang cedera dan konspirasi untuk melakukan letupan.

“Hashem Abedi kini ditahan di Libya dan CPS (Jabatan Pendakwaan Diraja) kini sudah memohon agar pihak berkuasa Libya menimbang ekstradisi­nya balik ke United Kingdom.

“Kami bersyukur kerana pihak berkuasa Libya menimbang permintaan ini,” kata Russ Jackson, ketua antiterori­sme di barat laut England.

Pada keseluruha­nnya 112 orang dimasukkan ke hospital ekoran serangan bom di Manchester Arena, dua daripadany­a masih berada di hospital.

Pada hari- hari selepas serangan bom itu, salah satu pasukan yang menyokong kerajaan perpaduan yang dibantu oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu di Libya menunjukka­n gambar Hashem Abedi di laman Facebook mereka selepas menahannya.

“Bapanya, Ramadan Abedi, juga baharu sahaja ditangkap,” kata Ahmed bin Salem, seorang jurucakap bagi Pasukan Pencegahan, yang bertindak sebagai polis Kerajaan Perjanjian Kebangsaan.

Polis Manchester tidak memberi maklumat lanjut mengenai sama ada dua suspek itu telah ditahan sepanjang masa sejak Mei lalu, atau dibebaskan dan kemudian ditahan semula. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia