Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival Anugerah Muzik Sarawak di Mukah, 9 hingga 12 Nov ini

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Karnival Anugerah Muzik Sarawak bakal berlangsun­g di Mukah pada 9 hingga 12 November ini bertempat di tapak parking, Pasar Lama, Mukah.

Menurut jurucakap penganjur Zaidell Zaini, program bertujuan memartabat­kan industri muzik dan bakat artis tempatan itu akan berlangsun­g pada jam 10.00 pagi sehingga 10 malam.

Katanya, program selama empat hari itu akan diserikan dengan pelbagai acara menarik termasukla­h Persembaha­n Calon Anugerah Muzik Sarawak (AMS), Mr Fitness, Kid Got Talent, Autoshow, Pertanding­an Mewarna Kanak-kanak dan Pertunjuka­n Fesyen. “Acara ini juga bakal dimeriahka­n dengan persembaha­n beberapa artis terkemuka tempatan antaranya artis yang menjayakan Projek Revent Family, Robert Achu, Tamang Raja, Ambushed, The Family Man, Joseph Sakai, Raymond Enyo, Chris SL dan lain-lain lagi,” katanya.

Sehubungan itu katanya, acara itu akan menjadi platform kepada orang ramai untuk menghargai karya seni selain menghayati muzik hasil kreativiti anak tempatan.

“Kita berasa cukup bangga kerana terpilih sebagai tuan rumah untuk acara ini dan sokongan padu peminat seni muzik khususnya di kawasan tengah Sarawak, ” jelasya.

Apa paling penting katanya lagi adalah industri muzik tempatan akan semakin berkembang dan maju pada masa akan datang melalui program sebegini. Program dianjurkan Staven Event Management (SEMS) dengan kerjasama Mukah Youth Music Club, 7 Sense Auto Event dan Pertubuhan Belia Parlimen Mukah.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DIIKTIRAF: Aktor Dev Patel memberi ucapan selepas menerima anugerah di Asia Game Changer Awards edisi 2017 yang diadakan di Manhattan, New York pada 1 November lepas.
— Gambar Reuters DIIKTIRAF: Aktor Dev Patel memberi ucapan selepas menerima anugerah di Asia Game Changer Awards edisi 2017 yang diadakan di Manhattan, New York pada 1 November lepas.
 ??  ?? MARI BERSAMA: Zaidell (dua kanan) bersama barisan ahli jawatankua­sa pengelola yang lain.
MARI BERSAMA: Zaidell (dua kanan) bersama barisan ahli jawatankua­sa pengelola yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia