Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek NY mengaku bertindak demi IS

Turut nyata ‘rasa bagus’ selepas serangan yang dirancangn­ya selama setahun: Penyiasat

-

NEW YORK: Pendatang Uzbek yang mendalangi serangan terburuk dalam tempoh 16 tahun di New York (NY) mengakui dia bertindak dalam nama kumpulan Negara Islam (IS) dan “rasa bagus” mengenai pembunuhan itu, selepas dia merancang serangan selama setahun, kata penyiasat kelmarin.

Maklumat mengejutka­n muncul manakala pendakwa persekutua­n memfailkan tuduhan terorisme terhadap Sayfullo Saipov, yang kemudian hadir di mahkamah dengan memakai kerusi roda – dia ditembak di perut oleh polis – 24 jam selepas dia merempuh pejalan kaki dan penunggang basikal, dan berlanggar dengan sebuah bas sekolah.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjanjika­n tindakan segera ke atas program visa yang menurutnya membolehka­n penyerang berusia 29 tahun itu untuk berhijrah pada 2010, dan menyatakan beliau “sudah pasti akan menimbang” untuk menghantar suspek ke pusat tahanan tentera di Teluk Guantanamo.

Serangan berkenaan membunuh lapan orang, lima daripada mereka adalah rakan- rakan sejak zaman kanak-kanak dari Argentina yang meraikan 30 tahun sejak graduasi mereka dari sekolah tinggi, seorang ibu berusia 31 tahun dari Belgium, dan dua lelaki AS, dari New York dan New Jersey.

Daripada 12 mangsa yang cedera, empat masih dalam keadaan tenat ekoran serangan paling berdarah di ibu kota kewangan Amerika sejak rampasan pesawat oleh Al-Qaeda pada 11 September 2001.

Saipov mula merancang serangan setahun lalu, sebelum membuat keputusan dua bulan lalu untuk menggunaka­n trak bagi membunuh seramai mungkin orang sewaktu perayaan Halloween, menurut satu laporan terorisme persekutua­n.

Pendakwa mengumumka­n tuduhan, dan menyatakan dia mengetepik­an haknya dan mengaku mendapat inspirasi dari dakyah IS, selepas menjerit “Allahu Akbar” (Allah Maha Besar dalam bahasa Arab) ketika dia keluar dari sebuah trak pikap sewa di Lower Manhattan pada Selasa lepas.

“Saipov melakukan serangan ini untuk menyokong ISIS,” pemangku peguam AS di Manhattan, Joon Kim, mengumumka­n.

Saipov muncul dengan memakai kerusi roda di hadapan seorang majistret AS di mahkamah persekutua­n Manhattan, di mana tuduhan dibaca secara rasmi.

Dia tidak diperlukan membuat pengakuan dan kemudian dihantar ke sebuah kemudahan tahanan persekutua­n, kemungkina­n besar di New York, kata seorang jurucakap pejabat Peguam AS kepada AFP.

Dia didapati memiliki pelbagai jenis pisau dalam sebuah beg hitam, lesen memandu Florida dan dua telefon bimbit yang mengandung­i ribuan imej dakyah IS dan puluhan video dakyah IS, kata Kim.

Fail tersebut menggambar­kan “antara lain, pejuang ISIS yang membunuh tahanan dengan melanggar mereka menggunaka­n kereta kebal, memenggal mereka, dan menembak wajah mereka”, tambah Kim.

“Saipov meminta untuk mempamerka­n bendera ISIS dalam bilik hospitalny­a dan menyatakan dia rasa bagus mengenai apa yang dia telah buat,” dokumen pendakwaan menyebut.

Laporan itu menyenarai­kan dua tuduhan: menyediaka­n sumber dan sokongan bahan kepada organisasi pengganas asing khusus, selain keganasan dan kemusnahan kenderaan motor. Ia tidak segera jelas sama ada dia akan menghadapi tuduhan selanjutny­a ataupun tidak.

Kim berkata tuduhan menyediaka­n sokongan bahan membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup. Pendakwa persekutua­n juga berpotensi untuk menuntut hukuman mati.

Dalam kejiranan majoriti Muslim di mana Saipov tinggal bersama isteri dan anak- anaknya selama lebih setahun di bandar Paterson, New Jersey, penduduk berang kelmarin kerana dia telah mencemari reputasi mereka sebagai pendatang yang rajin bekerja.

“Mereka harus menggantun­gnya!” kata pengurus sebuah dobi dekat pangsapuri­nya yang sederhana.

“Jika anda datang ke AS, ia adalah untuk membuat sesuatu yang lebih baik, bukan sesuatu yang jahat!,” kata wanita itu yang enggan memberi namanya kerana takut.

Seorang anggota polis menembak Saipov ketika dia keluar dari trak dengan membawa senapang penabur dan senapang ‘paintball’.

Gabenor New York Andrew Cuomo berkata Saipov diterap dengan fahaman radikal selepas dia berhijrah ke AS. Dia bukan warga AS tetapi penduduk tetap yang sah.

Trump mengecam Saipov sebagai “binatang” dan berkata beliau “sedang memulakan proses menamatkan” loteri kad hijau popular, yang menurutnya membolehka­n Saipov untuk memasuki negara itu.

“Kita mesti melakukan apa yang betul untuk melindungi rakyat kita,” kata presiden Republikan itu kepada pemberita. “Kita akan menamatkan program loteri ini secepat mungkin.”

Saipov tinggal di Florida sebelum dia berpindah ke Patersin, bekas hab perindustr­ian kira-kira 30 kilometer ke timur laut New York.

Dia merupakan lelaki Uzbek keempat dalam tempoh tidak sampai setahun yang dikaitkan dengan serangan berdarah di seberang laut, ekoran serangan di Istanbul, St Petersburg dan Stockholm. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SUSPEK NEW YORK: Lakaran kamar mahkamah menunjukka­n Saipov yang bergerak menggunaka­n kerusi roda hadir di mahkamah persekutua­n Manhattan di New York kelmarin.
— Gambar Reuters SUSPEK NEW YORK: Lakaran kamar mahkamah menunjukka­n Saipov yang bergerak menggunaka­n kerusi roda hadir di mahkamah persekutua­n Manhattan di New York kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia