Utusan Borneo (Sarawak)

BANTERAS BERSAMA

Henti tuding jari, tindakan polis lebih berkesan jika masyarakat beri kerjasama.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Hentikan ‘blaming game’ dengan menyebarka­n sesuatu aktiviti jenayah di laman sosial, sebaliknya terus melaporkan kepada pihak polis agar tindakan segera dapat diambil.

Demikian menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Superinten­den Abang Junaidi Abang Anuar ketika mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang gemar memuat naik sesuatu perkara berkaitan jenayah di laman sosial dan kemudian saling menuding jari.

Beliau memberitah­u, adalah lebih baik sekiranya pihak terbabit bersamasam­a pemimpin masyarakat serta bukti yang ada terus berhubung dengan pihak polis agar bersama-sama dapat merancang tindakan yang wajar diambil.

“Selain tindakan pihak polis, saya percaya, adalah lebih berkesan sekiranya ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dapat terus melaporkan kepada kita mengenai sesuatu aktiviti jenayah di kawasan masing-masing daripada menyebarka­nnya di laman sosial.

“Ini kerana, dengan berbuat demikian (menyebarka­n di laman sosial) akan membuatkan si penjenayah lebih berhati-hati atau melarikan diri, dan ini akan menyukarka­n kita untuk bertindak.

“Justeru, hentikan menuding jari serta saling menyalahi (blaming), tetapi beri kerjasama dengan melapor terus kepada polis agar tindakan segera dapat diambil,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Terdahulu, Abang Junaidi diminta mengulas mengenai satu video yang tular di laman sosial menyaksika­n sekumpulan individu yang didakwa sedang berurusan menjual dan menbeli dadah jenis syabu di Jalan Astana, di sini.

“Kita juga baharu mendapatka­n maklumat berhubung kejadian, dan saya telah mengarahka­n anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) untuk menyiasat perkara ini.

“Untuk makluman, suspek telah dikenal pasti dan sebelum ini kita telah menahan isterinya (suspek) untuk membantu siasatan,” katanya.

Video berdurasi 34 saat itu didakwa merakam aktiviti penjualan dadah secara terbuka berhampira­n jambatan kecil di Kampung Sungai Bedil, Petra Jaya dan berdasarka­n kapsyennya, difahamkan seramai tiga hingga lima individu akan ditugaskan untuk menjaga laluan utama ke kampung tersebut.

“Pengedaran dadah secara terbuka dan berani seolah-olah aktiviti ini dilindungi seseorang menyebabka­n ia tidak pernah selesai, malah keadaan makin menjadi-jadi.

 ??  ?? “Orang kampung sudah jemu melaporkan kepada pihak polis kerana kebanyakan (suspek) yang ditangkap hanya akan disoal siasat untuk beberapa jam sebelum dibebaskan semula selepas itu,” kata kapsyen dalam video tersebut.
Sehingga berita ini ditulis...
“Orang kampung sudah jemu melaporkan kepada pihak polis kerana kebanyakan (suspek) yang ditangkap hanya akan disoal siasat untuk beberapa jam sebelum dibebaskan semula selepas itu,” kata kapsyen dalam video tersebut. Sehingga berita ini ditulis...
 ??  ?? BARANG KES: Antara sedutan video yang menunjukka­n dakwaan aktiviti jual beli dadah sedang berlangsun­g.
BARANG KES: Antara sedutan video yang menunjukka­n dakwaan aktiviti jual beli dadah sedang berlangsun­g.
 ??  ?? ABANG JUNAIDI
ABANG JUNAIDI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia