Utusan Borneo (Sarawak)

HARITH DANIAL, BINTANG MUDA SQUASH YANG BERGEMERLA­PAN

-

Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MINAT yang mendalam untuk menerokai sukan squash mendorong Harith Danial Jefri, 11, atlet dari Sekolah Kebangsaan Jalan Bintang (SKJB) untuk terus bergiat aktif dalam acara sukan berkenaan.

Malah, calon peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 ini yakin sukan diceburi akan memberi sinar kejayaan yang cerah pada masa akan datang.

Pada Ogos tahun ini, Harith Danial menduduki ranking kelima dalam Asian Squash Federation (ASF) bagi kategori Junior Asia bawah 13 tahun dan pencapaian ini pastinya membanggak­an bagi seorang rakyat Sarawak.

Harith Danial mula menjinakka­n diri dalam sukan squash pada bulan April 2014 ketika berusia lapan tahun dan berada di tahun dua SKJB ketika itu.

Awal kemunculan Harith Danial dalam sukan ini mula dihidu dan bakatnya mula diasah oleh jurulatih profesiona­l iaitu Jewan Singh Chal dari Jewan Squash Academy di samping mendapat sokongan daripada ibu bapa.

Bagi menyelidik lebih dalam lagi mengenai Harith Danial, berikut penulis kongsikan temu bual dengan bintang junior squash ini, baru-baru ini:

Apakah faedah berkecimpu­ng dalam sukan squash?

Dapat membentuk keyakinan diri menjadi lebih baik apabila bermain secara perseorang­an menentang lawan. Apabila keyakinan tinggi maka saya lebih berani dan bersedia menentang sesiapa sahaja.

Rasa yakin dan berani ini saya tanam subur dalam minda dengan bantuan jurulatih dan ibu bapa supaya dapat menjadi pemain hebat dan menjuarai kejohanan.

Bagaimanak­ah anda membahagik­an masa antara pelajaran dan minat?

Pada waktu persekolah­an sesi pagi saya akan fokus sepenuhnya pada pelajaran, segala latihan dan kerja rumah akan disiapkan di sekolah jika ada masa terluang. Saya juga menghadiri Kelas

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia