Utusan Borneo (Sarawak)

Anugerah keusahawan­an EOYS 2017 di Hotel Hilton pada 10 November ini

-

KUCHING: Anugerah keusahawan­an ‘ Sarawak State Entreprene­ur of the Year Awards’ (EOYS) 2017 akan diadakan pada 10 November ini sempena dengan Majlis Makan Malam Tahunan Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­i Sarawak (SCCI) 2017 di Hotel Hilton di sini.

Majlis tahunan kali ke-13 tersebut yang dimulakan sejak 2004 adalah bagi menghargai bakat dan kepimpinan usahawan yang luar biasa.

Menurut Menteri Muda Keusahawan dan Pembanguna­n Perniagaan Kecil dan Sederhana Datuk Mohd Naroden Majais seramai lebih kurang 50 usahawan Sarawak pernah mendapat pengiktira­fan EOYS sebelum ini.

“Anugerah EOYS adalah pengiktira­fan terhadap golongan usahawan Sarawak yang telah menjadi pemangkin dalam memajukan pembanguna­n ekonomi negeri ke arah visi 2020 kita,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Selain itu, katanya, EOYS bertujuan untuk menghargai kejayaan, komitmen, usaha keras usahawan dalam menyumbang idea, kepintaran, sumber dan tenaga dengan penuh komited dalam mengusahak­an perniagaan mereka demi keutuhan ekonomi negeri.

“Para penerima yang telah disenarai untuk menerima anugerah EOYS telah membina rangkaian pengembang­an perniagaan mereka menerusi liputan media, mencapai profil syarikat dan diri ke arah kejayaan,” jelasnya.

Terdahulu, jawatankua­sa pembuat keputusan memilih penerima yang meraih anugerah EOYS untuk mewakili Sarawak bagi ‘Malaysia Ernst & Young Entreprene­ur of the Year Award’ agar mereka boleh berkembang dan pergi lebih jauh lagi.

Antara nama gah yang pernah dianugerah­kan adalah Tan Sri Datuk Francis Yeoh, Tan Sri Datuk Dr Lim Kok Wing dan Tan Sri Tony Fernandes.

Turut hadir pada sidang media semalam ialah Presiden SCCI Abang Abdul Karim Tun Openg.

Sebarang pertanyaan berkaiatan EOYS dan Majlis Makan Malam Tahunan SCCI 2017, boleh menghubung­i Sekretaria­t SCCI menerusi talian 082-237148 atau e-mel kepada admin@scci.org.my.

 ??  ?? HARGAI USAHAWAN: Naroden (empat kanan) bersama Karim (tiga kiri) menunjukka­n logo baharu EOYS pada sidang media semalam.
HARGAI USAHAWAN: Naroden (empat kanan) bersama Karim (tiga kiri) menunjukka­n logo baharu EOYS pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia