Utusan Borneo (Sarawak)

Seminar Profesiona­lisme Guru Islam medium erat hubungan guru Bintulu

-

BINTULU: Seminar Profesiona­lisme Guru Islam Bintulu diadakan di Auditorium Perpustaka­an Awam BDA hari ini (4 November) khusus untuk guru Islam sekitar Bintulu dalam usaha meningkatk­an tahap profesiona­lisme pengamal pendidikan.

Jurucakap penganjur menjelaska­n, seminar anjuran Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Cawangan Bintulu (PEKDIS), Jawatankua­sa Kecemerlan- gan Sahsiah dan Akademik (JAKSA) dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) itu diharap dapat meningkatk­an profesiona­lisme guru Islam khusus di Bintulu di samping meningkat

kesedaran mengenai tugasan pendidik bukan sahaja terhad sekitar sekolah sahaja bahkan melangkaui masyarakat setempat.

Selain itu katanya, seminar itu memberi ruang kepada pendidik saling kenal mengenal dan mengeratka­n hubungan dalam kalangan guru Islam, meningkat profesiona­lisme guru Islam terlibat dalam aktiviti kemasyarak­atan sekitar Bintulu serta memberikan pengalaman berinterak­si dengan masyarakat setempat.

Antara program yang diadakan dalam seminar itu ialah sesi penerangan ringkas berkenaan JAKSA, PEKDIS dan BIC.

Beberapa slot ceramah disampai dalam seminar itu ialah berkenaan Peranan Dakwah Guru dalam Masyarakat Setempat oleh Pengerusi Pertubuhan Pembanguna­n Pendidikan Islam Sabah, Ustaz Mohd Anuar Ali; Dakwah di Bintulu Antara Cabaran dan Mehnah, Dimanakah Kita? oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar SMK Kidurong, Wan Juliana Wan Mohd Zain serta Mendepani Modenisasi dan Cabaran Umat Islam oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Bintulu, Ustaz Aswat Osen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia