Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei 18-26 Nov Pesta selama sembilan hari medan petani dan penternak tempatan promosi produk

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei akan berlangsun­g selama sembilan hari berturut-turut bermula 18 November hingga 26 November akan datang.

Pesta ini nanti akan diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti pameran, sukan dan pertanding­an, pentas hiburan, kempen agensi dan jabatan kerajaan, aktiviti perniagaan dan banyak lagi aturcara yang lain.

Residen Bahagian Sarikei Mohamad Junaidi Mohidin berkata, pesta itu bakal menjadi medan utama petani dan penternak bahagian ini mempromosi­kan produk juga hasil untuk dikenali masyarakat luar.

“Kita ingin menjadikan pesta ini platform kepada golongan sasar memanfaatk­an kemudahan ‘Digital Village’ yang disediakan kerajaan untuk memasarkan produk menggunaka­n kemudahan pintar di hujung jari dan teknologi

Kita ingin menjadikan pesta ini platform kepada golongan sasar memanfaatk­an kemudahan ‘Digital Village’ yang disediakan kerajaan untuk memasarkan produk menggunaka­n kemudahan pintar di hujung jari dan teknologi maklumat (IT). Mohamad Junaidi Mohidin Residen Bahagian Sarikei

maklumat (IT),” katanya.

Mohamad berkata demikian kepada media sebaik sahaja selesai mempengeru­sikan Mesyuarat Kali Keempat Penganjura­n Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Sarikei, semalam.

Menurut Mohamad, bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program dan atur cara yang akan diadakan di sepanjang pesta ini nanti, mereka bolehlah merujuknya di laman ‘Facebook Pesta Nanas dan Buah- Buahan Sarikei’.

Tambahnya lagi, sehubungan dengan penganjura­n pesta ini, orang ramai amatlah dialu-alukan untuk menyertai setiap aktiviti juga berkunjung ke tapak pesta.

Pada tahun ini, pihak pengurusan Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei telah memilih kawasan Dewan Suarah Sarikei sebagai tapak utama penganjura­n pesta.

 ??  ?? AKTIVITI MURNI: Antara peserta kempen derma darah anjuran SOPB.
AKTIVITI MURNI: Antara peserta kempen derma darah anjuran SOPB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia