Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan tegas terhadap individu, syarikat buang sampah haram

-

MIRI: Sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak tegas terhadap individu dan syarikat yang membuang sampah secara haram di tempat terbuka.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Pujut Bruce Chai berkata, antara cara mengenal pasti pelaku ialah mengemukak­an bukti berupa gambar atau video.

“Kita tiada pilihan lain. Kita cari dalang. Kita turun padang. Sekiranya kita menemui sesiapa saja yang membuang sampah secara haram, kita saman,” kata Bruce.

Bruce sedih dan kecewa kerana mentaliti suka membuang sampah merata-mata masih kuat dalam kalangan penduduk sehingga sukar untuk pihak berkuasa mengatasi masalah itu.

Masalah berpunca daripada penduduk mementingk­an diri sendiri tanpa memikirkan impak negatif tindakan kepada orang lain dan alam sekitar.

Selain itu penduduk juga menyimpan sikap menyerahka­n tugas membersihk­an sampah di bahu pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) yang menyebabka­n mereka bersikap sambil lewa.

Bruce berharap tindakan tegas terhadap pelaku menggunaka­n saluran undang-undang akan meminimumk­an gejala ini daripada melarat dan serius.

“Ketika saya dilantik sebagai ahli majlis (kaunselor), saya mencadangk­an agar undang-undang ‘wistleblow­er’ (pemberi maklumat) atau inisiatif ‘wistleblow­er’ dilaksanak­an.

“Pemberi maklumat boleh menghantar gambar kepada pihak majlis dan akan diberi ganjaran kerana membantu memberkas pesalah,” jelas beliau.

Bruce berkata, pencemaran sungai dan laut bu- kan lagi hanya disebabkan penduduk setinggan tetapi berpunca daripada sampah yang dibuang penduduk dalam parit yang dialirkan ke sungai dan laut.

Pembuangan sisa industri yang tidak terkawal turut mencemari sungai dan alam sekitar.

Bruce menambah, cabaran terbaharu pihak berkuasa ialah menguruska­n sisa digital barangan elektronik.

“Saya mencadangk­an kepada pihak berkuasa untuk memasang perangkap sampah di parit banjir dan sungai.

“Ini mampu mengurangk­an kesan pencemaran daripada sisa sampah,” jelas beliau.

Antara usaha lain ialah menganjurk­an kempen kesedaran bertujuan meningkatk­an kesedaran penduduk dan industri tentang masalah pembuangan sampah haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia