Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Selangor buka semula Masjid Diraja Sultan Suleiman

-

KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah semalam berkenan menyempurn­akan majlis pembukaan semula Masjid Diraja Sultan Suleiman di sini, yang selesai ditambah baik pada 17 Okt lepas.

Baginda tiba di masjid itu dengan diiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah pada jam 12.45 tengah hari.

Sultan Sharafuddi­n kemudian menunaikan solat Jumaat bersama kira- kira 500 jemaah lain di masjid tersebut.

Baginda menzahirka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor di atas kerjasama dan komitmen yang membolehka­n projek pemulihara­an masjid itu selesai.

“Beta merasakan adalah penting untuk seni bina warisan ini dikekalkan terutama sekali reka bentuk asal dalaman dan luaran bangunan masjid ini. Apatah lagi masjid ini adalah sebahagian daripada sejarah penting kesultanan negeri Selangor dan dirasmikan oleh Almarhum Sultan Ala’eddin Suleiman Shah, Sultan Selangor kelima,” titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarka­n pejabat Sultan Selangor semalam.

Baginda bertitah ia adalah kali pertama pemulihara­an besar-besaran dibuat terhadap masjid itu sejak ia dibina pada 1932.

“Beta berpuas hati dengan usaha-usaha dilakukan untuk mengekalka­n ciri- ciri keunikan masjid ini, walaupun sudah berusia lebih separuh abad, struktur bangunanny­a masih kukuh dan teguh.

“Beta berharap sekalian rakyat dapat menghargai keindahan masjid ini dan mengimarah­kannya sebaik mungkin sebagai sebuah pusat pembanguna­n ummah dan masyarakat setempat,” titah baginda.

Kerja- kerja menambah baik masjid berkenaan disiapkan dalam tempoh kirakira dua tahun dengan kos sebanyak RM12 juta tanpa mengubah seni binanya.

Masjid berusia 85 tahun itu mempunyai nilai sejarah yang tinggi kerana reka bentuk serta seni bina yang unik hasil pengaruh campuran seni bina Islam Moorish dan Inggeris.

Masjid berkenaan direka bentuk leh arkitek Leofric Kesteven sebelum diserahkan kepada Sultan Ala’eddin Suleiman Shah pada 1933. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia