Utusan Borneo (Sarawak)

Real Madrid pasti akan bangkit, tegas Ramos

-

MADRID: Kapten Real Madrid Sergio Ramos memberi amaran bahawa mereka yang mengetepik­an juara Eropah itu akan ‘diletakkan di tempat mereka’ walaupun mempamerka­n kemerosota­n prestasi mencemaska­n yang sudah meletakkan mereka lapan mata di belakang Barcelona di bahagian atas La Liga selepas hanya 10 perlawanan sahaja.

Kekalahan 3- 1 di Tottenham Hotspur dalam Liga Juara-Juara pada Rabu lepas menyusuli kekalahan 2- 1 yang mengejutka­n di kelab yang baharu dinaikkan ke liga utama, Girona, apabila hanya bagi kedua kali dalam karier singkatnya sebagai pengurus, pasukan Zinedine Zidane sudah tewas dalam dua perlawanan berturut-turut.

“Real Madrid sentiasa bangkit dan meletakkan semua orang di tempat mereka. Mereka yang mengetepik­an kami akan diletakkan di tempat mereka,” kata Ramos dengan yakin.

Madrid dijangka kembali dengan mudah ke landasan kemenangan apabila Las Palmas melawat stadium Santiago Bernabeu pada malam esok (Ahad) ketika jawatan jurulatih mereka Pako Ayestaran sudah terancam ekoran empat kekalahan liga berturut-turut sejak dia mengambil alih tugas pada hujung September lalu.

Bagaimanap­un, prestasi Real yang buruk pada awal musim telah menimbulka­n persoalan mengenai pengambila­n pemain pada pramusim.

Sementara kelab lain dalam Liga Juara-Juara membelanja­kan ratusan juta euro, Madrid pula mengaut keuntungan sebanyak 75 juta euro (RM360 juta) selepas Alvaro Morata, James Rodriguez, Pepe dan Danilo dibenarkan untuk meninggalk­an kelab.

Real meneruskan dasar mereka sejak beberapa musim lepas dengan merekrut bakat muda terbaik di Sepanyol. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia