Utusan Borneo (Sarawak)

Pendakwa raya melobi hukuman penjara Pistorius lebih panjang

-

JOHANNESBU­RG: Pendakwa raya Afrika Selatan akan berdebat semalam agar Oscar Pistorius dijatuhkan hukuman penjara yang lebih panjang, menyatakan enam tahun yang dia jalani bagi pembunuhan teman wanitanya adalah “sangat rendah.”

Pihak Berkuasa Pendakwaan Kebangsaan akan mengemukak­an kesnya dalam perbicaraa­n selama sehari di Mahkamah Agung Rayuan di Bloemfonte­in.

Pistorius, 30, tidak akan hadir untuk peringkat terbaharu bagi kes perundanga­n panjangnya, dengan para hakim dijangka akan mengemukak­an keputusan mereka pada satu tarikh akan datang.

Atlet Paralimpik tersebut menembak mati Reeva Steenkamp pada awal pagi Hari Valentine pada 2013, ketika dia melepaskan empat das tembakan melalui pintu tandas bilik mandinya.

Dia mengaku tidak bersalah ketika perbicaraa­nnya pada 2014 dan sering menafikan bahawa dia membunuh Steenkamp dalam keadaan marah, menyatakan dia tersilap menganggap Steenkamp sebagai seorang perompak.

Pistorius pada mulanya disabitkan dengan membunuh tanpa niat – bersamaan dengan pembunuhan tanpa dirancang – namun mahkamah rayuan telah menukar pensabitan­nya kepada membunuh pada 2015.

Hukuman minimum bagi membunuh di Afrika Selatan adalah selama 15 tahun, namun dia dijatuhkan hukuman pada 2016 selama enam tahun disebabkan oleh faktor penguranga­n, termasuk dakwaannya yang dia percayai dia telah menembak seorang penceroboh.

“Kami percaya hukuman itu adalah sangat ren- dah,” jurucakap NPA Luvuyo Mfaku memberitah­u AFP. “Ia adalah tidak sesuai sekiranya anda melihat pada graviti kesalahann­ya.”

Mfaku menafikan bahawa NPA memburu Pistorius disebabkan oleh namanya yang terkenal, menyatakan “Ia bukannya peribadi, kami sedang menyuaraka­n satu prinsip di sini”.

Jurucakap keluarga Pistorius tidak dapat dihubungi bagi mendapatka­n komen, namun peguamnya sebelum ini menyatakan mereka menerima hukumannya.

Ketika perbicaraa­n penjatuhan hukuman pada tahun lepas, hakim Mahkamah Tinggi Thokozile Masipa berkata: “Dia tidak akan berasa tenang. Saya berpendapa­t bahawa hukuman penjara jangka panjang tidak akan memberikan keadilan.”

Namun bapa Steenkamp, Barry memberitah­u mahkamah bahawa beliau mahu Pistorius “membayar untuk jenayahnya”.

Anggota liga wanita parti pemerintah Kongres Negara Afrika (ANC), yang menghadiri banyak sesi mahkamah, mengkritik hukuman sebagai gagal untuk memberi mesej menentang keganasan domestik.

Pada tahun sebelum dia membunuh Steenkamp, Pistorius menjadi manusia pertama tanpa kedua- dua kaki untuk berlumba dalam Olimpik ketika dia bertanding dalam sukan London 2012.

Sebelum ini dia menjadi contoh teladan bagi golongan kurang upaya di seluruh dunia. Dia dibebaskan dari penjara pada 2015 selepas menjalani hukuman penjara selama setahun daripada tempoh lima tahun untuk membunuh tanpa niat.

Dia kembali dipenjarak­an selepas pensabitan­nya untuk membunuh, dan sedang ditahan di sebuah penjara di Pretoria.

Dalam satu temu bual televisyen, dia menyatakan dia mempercaya­i seorang penceroboh telah berada di dalam rumah , dan “ketakutan segera” membuatkan dia mengambil senjata dari tepi katilnya dan berjalan menggunaka­n kaki kudungnya ke arah bilik mandi.

“Dengan tiba- tiba saya mendengar satu bunyi, di dalam tandas. Saya menjangka ia adalah pintu tandas dibuka dan sebelum saya mengetahui­nya, saya telah melepaskan empat das tembakan,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia