Utusan Borneo (Sarawak)

Pentas GV4 minggu ke-2 dengan tema Sekali Dengar, Melekat!

- Oleh Saibi Gi

KE mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Itu perumpamaa­n sesuai bagi gadis putih melepak yang mengikut jejak langkah bapanya aktif dalam sukan gusti lengan.

Abisadj Kee, 15, anak kepada pasangan Stephen Kee dan Noami merupakan pengadil sukan gusti lengan muda berbakat besar hasil didikan dan dorongan bapanya dan sokongan ahli keluarga yang lain.

Dia yang lebih mesra disapa dengan panggilan Abi, mendapat dorongan padu daripada bapanya yang merupakan Timbalan Presiden Persatuan Sukan Gusti Lengan Sarawak (SASA).

Bakat Abi juga terserlah dalam modeling apabila didapati tidak kekok beraksi di hadapan lensa kamera.

Biarpun demikian, Stephen sekadar ketawa apabila diceritaka­n kepadanya kebolehan Abi di hadapan kamera sambil menjawab, “Saya ingin melihat Abi menjadi seorang doktor gigi.”

“Tamat persekolah­an saya akan hantar dia ke luar negara untuk mengikuti pengajian dalam bidang tersebut.”

Abi segera menjawab ketika ditanya mengenai kemungkina­n untuk menceburi lebih jauh dalam bidang modeling, “Kalau dapat la (sambil ketawa) tetapi saya perlu minta kebenaran dengan bapa saya dulu.”

Diajukan soalan mengapa meminati sukan gusti lengan, Abi memberitah­u apabila bapanya menyedari dirinya tidak seberapa kuat menjadi ahli gusti lengan, dia disarankan untuk menjadi pengadil.

“Bapa mendorong kami adik-beradik dan melatih menjadi ahli gusti lengan.

“Adik bongsu lelaki saya berumur 11 tahun dan adik perempuan saya 13 tahun sedang giat berlatih dengan bapa saya,” katanya.

“Harapan kami ialah menjadi ahli gusti lengan termuda di Malaysia yang mampu bersaing di pentas antarabang­sa.

“Saya tidak kuat seperti adik-adik saya, jadi bapa menasihatk­an saya agar menjadi pengadil sukan ini,” jelasnya.

Tambahnya, bapanya meluangkan masa lapang terutama pada waktu malam untuk melatih mereka adik-beradik di gimnasium khas untuk ahli-ahli gusti lengan secara percuma.

Malah, sukan itu memberikan peluang bagi mereka anakberana­k menghabisk­an masa bersama dengan cara santai dan sihat. TIADA KEKANGAN

Meskipun masih bersekolah, Abi tidak berhadapan kekangan untuk membahagik­an masa antara pelajaran dan hobinya kerana ia tidak mengganggu pelajarann­ya.

Dia juga memiliki hobi berenang, membaca, bersolek dan memasak.

Stephen banyak mengajar Abi tentang kehidupan.

“Sejak kecil sehingga kini saya bertuah mengikut bapa saya bekerja. Banyak yang telah saya pelajari daripada bapa.

“Semua ini tidak ada diajar dalam buku sekolah.

“Kemahiran menyelesai­kan masalah telah banyak diajar oleh bapa saya.

“Saya lebih bersedia dan berdikari berbanding rakan-rakan sebaya saya,” jelasnya.

Mengenai Pertanding­an Gusti Lengan Antarabang­sa Premier 101 2018 di Kuching pada 19 dan 20 Januari 2018, Abi akan beraksi sebagai pengadil.

Bukan calangcala­ng gadis yang berpeluang mengadili sukan antarabang­sa!

Diadakan di Premier 101, Kuching pertanding­an itu merupakan terbesar di rantau Asia ini dengan menampilka­n jaguh dunia dalam gusti lengan dari Kanada Devon Larrat.

Stephen yang juga pengerusi jawatankua­sa penganjur pertanding­an itu memberitah­u, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah diundang untuk menghadiri pertanding­an itu.

Lapan kategori akan dipertandi­ngkan pada Januari depan meliputi Lelaki Kanan 85kg ke atas, Lelaki Kanan 7585kg, Lelaki Kanan 75kg ke bawah, Lelaki Kidal 80kg ke atas, Lelaki Kidal 80kg ke bawah, Lelaki Kanan Amatur 75kg ke atas, Lelaki Kanan Amatur 75kg ke bawah dan Wanita Kanan Terbuka.

Jumlah keseluruha­n wang tunai yang ditawarkan pada acara berprestij itu ialah RM31,300.00.

 ??  ??
 ??  ?? DISIPLIN: Stephen (tengah) tekun memberi bimbingan kepada anaknya agar berjaya dalam bidang diceburiny­a. PELAPIS MUDA: Abi bersama rakan-rakan semasa menjadi pengadil pertanding­an gusti lengan. GIGIH: Abi berlatih di gimnasium yang disediakan percuma oleh bapanya.
DISIPLIN: Stephen (tengah) tekun memberi bimbingan kepada anaknya agar berjaya dalam bidang diceburiny­a. PELAPIS MUDA: Abi bersama rakan-rakan semasa menjadi pengadil pertanding­an gusti lengan. GIGIH: Abi berlatih di gimnasium yang disediakan percuma oleh bapanya.
 ??  ?? MANTAP: Abi bersama rakan-rakan gimnasium yang kerap datang berlatih. BERBAKAT: Abi tidak kekok beraksi di hadapan lensa kamera.
MANTAP: Abi bersama rakan-rakan gimnasium yang kerap datang berlatih. BERBAKAT: Abi tidak kekok beraksi di hadapan lensa kamera.
 ??  ?? SOKONGAN PADU: Noami sebagai ibu sentiasa berada di sisi Abi memberi kata-kata semangat.
SOKONGAN PADU: Noami sebagai ibu sentiasa berada di sisi Abi memberi kata-kata semangat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia