Utusan Borneo (Sarawak)

Scoot perkenal laluan baharu hubungkan Kuching, Singapura

-

KUCHING: Scoot Tigerair Pte Ltd (Scoot) terus memperluas­kan jangkauan ke Malaysia menerusi laluan baharu yang menghubung­kan Kuching dengan Singapura, sekali gus memperkuku­h kedudukann­ya untuk mencapai pertumbuha­n baharu dalam industri penerbanga­n kos rendah global.

Ketua Pegawai Komersial Scoot, Vinod Kannan berkata, laluan baharu itu merupakan destinasi kelima bagi cabang penerbanga­n kos rendah Singapore Airlines Group, selepas Ipoh, Kuala Lumpur, Langkawi dan Pulau Pinang.

“Kita amat teruja memilih Kuching sebagai destinasi pertama kita di Malaysia Timur, kerana ia merupakan satu destinasi yang hijau, dan menarik dari segi alam sekitar, penggembar­aan, seni bina, makanan, dan kepelbagai­an budaya serta masyarakat­nya.

“Pelanggan sasaran kita adalah golongan muda, serta yang muda di hati, dan kita berpendapa­t bahawa ia bersesuaia­n dengan apa yang Kuching tawarkan,” katanya dalam sesi bersama media di Lapangan Terbang Antarabang­sa Changi di Singapura, baru-baru ini.

Vinod berkata, Scoot turut bekerjasam­a rapat dengan Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) dan Kementeria­n Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam usaha mempromosi­kan laluan baharunya tersebut.

Malah dalam pengiklana­n dan aktiviti media sosial katanya, Scoot juga menampilka­n tarikan- tarikan Kuching seperti makanan, serta tempat-tempat lain yang boleh dilawati di kepulauan Borneo.

“Kita lakukan ini sebagai sebahagian daripada khidmat masyarakat agar orang sedar akan tarikan Kuching,” katanya.

Mengulas mengenai persaingan dengan syarikat penerbanga­n tambang rendah lain, Vinod berkata, pihaknya percaya Scoot menyerlah berbanding yang lain dari segi penekanan aspek keselamata­n, prestasi tepat pada masa dan kecekapan kakitangan.

“Kita menerima saingan bukan sahaja dari syarikat penerbanga­n tambang murah tetapi juga yang menawarkan perkhidmat­an penuh.

“Kami berharap untuk menambah baik pengalaman pengembara­an pelanggan kami dengan memberi layanan Scootitude yang ceria lagi unik sepanjang penerbanga­n ... dan kami rasa, faktor ini membezakan kita dari syarikat penerbanga­n lain,” katanya.

Vinod turut positif bahawa laluan Singapura dengan Kuching dapat mencapai kadar penumpang dalam pesawat antara 85 hingga 86 peratus, seperti empat destinasi pertamanya di negara ini.

Penerbanga­n sulung yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching sekitar 9.55 malam pada 29 Oktober lalu di mana penumpang pesawat A320 menerima sambutan mesra dengan iringan tarian tradi- sional anjuran STB.

Hadir menerima penumpang penerbanga­n sulung dari Singapura, yang turut dinaiki Vinod ialah Setiausaha Tetap dan Kementeria­n Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datu Ik Pahon Joyik dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif STB, Mary Wan Mering.

Pelancaran penerbanga­n ke Kuching menjadikan rangkaian Scoot kini merangkumi 60 destinasi di 16 negara.

Sempena selesainya penggabung­an Scoot-Tigerair di bawah satu jenama Scoot, syarikat itu pada 25 Julai lalu mengumumka­n rancangann­ya untuk memulakan perkhidmat­an ke empat lagi destinasi - Kuantan di Malaysia, Honolulu di Amerika Syarikat, Harbin di Timur Laut China dan Palembang di Indonesia.

Untuk menikmati tiket penerbanga­n kos rendah, orang ramai boleh melayari FlyScoot.com.

Kunjungi Facebook.com/ FlyScoot, Instagram. com/ FlyScoot, dan Twitter.com/ flyscoot untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? VINOD
VINOD
 ??  ?? MENYERLAH: Pesawat A320 Scoot membuat pendaratan sulung di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, 29 Oktober lalu.
MENYERLAH: Pesawat A320 Scoot membuat pendaratan sulung di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, 29 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia