Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli BNBBC diminta lebih lantang berdebat dengan pembangkan­g pada sidang DUN

-

KUCHING: Ahli-ahli Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak diminta untuk lebih lantang berdebat dengan pihak pembangkan­g pada persidanga­n Dewan Undang Negeri (DUN) yang berlangsun­g dari 8 hingga 17 November ini.

Pengerusin­ya Paulus Palu Gumbang berkata, ia antara strategi dan langkah yang dibincangk­an oleh ahli kelab pada mesyuarat prapersida­ngan DUN yang diadakan, semalam.

Katanya, malahan terdapat beberapa cadangan daripada ahli-ahli bagaimana untuk menghadapi perkara itu pada persidanga­n kali ini.

“Ia (lantang berdebat dengan pembangkan­g) antara yang kita bincangkan pada mesyuarat ini.

“Kita menerima beberapa cadangan bagaimana kita menghadapi perkara ini pada persidanga­n kali ini,” katannya kepada pemberita sebelum mempengeru­sikan Mesyuarat BNBBC sempena prapersida­ngan DUN di Ibu Pejabat PBB di sini, semalam.

Tambah beliau, selain itu mesyuarat membincang­kan aktiviti-aktiviti biasa yang dianjurkan kelab semasa DUN.

“Kita ada majlis makan malam BNBBC yang kita adakan pada 17 November selepas selesai persidanga­n DUN.

“Kita juga membincang­kan permainan yang kita anjur selain program tahunan BNBBC,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau.

Sementara itu, Timbalan Pengerusin­ya Aidel Lariwoo berkata, kelab akan bersedia dengan menurunkan semua ahli dalam perdebatan mereka.

Katanya yang juga ADUN Sadong Jaya, kelab yang mempunyai 52 ahli.

 ??  ?? LEBIH LANTANG: Paulus (depan kanan) dan Aidel (depan kiri) bersama ahli-ahli lain merakamkan kenangan sebelum mesyuarat BNBBC dimulakan di Ibu Pejabat PBB di Kuching, semalam.
LEBIH LANTANG: Paulus (depan kanan) dan Aidel (depan kiri) bersama ahli-ahli lain merakamkan kenangan sebelum mesyuarat BNBBC dimulakan di Ibu Pejabat PBB di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia