Utusan Borneo (Sarawak)

Langkah tubuh DBOS tepat: Peter

Sarawak perlu bank pembanguna­n sendiri percepat pembanguna­n

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: Langkah kerajaan negeri menubuhkan Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) merupakan tindakan yang tepat demi mempercepa­tkan lagi pelaksanaa­n projek-projek pembanguna­n.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) Dato Peter Minos berkata Sarawak amat memerlukan bank pembanguna­n sendiri bagi membiayai projek- projek pembanguna­n yang sudah pasti akan mengurangk­an kerenah birokrasi.

“Sarawak memerlukan DBOS memandangk­an kita memerlukan kewangan bagi membiayai banyak projek dalam berbagai bidang, dan dana daripada kerajaan persekutua­n selalunya tidak mencukupi serta agak lambat diterima meskipun sudah diluluskan.

“Bank komersial juga kurang berminat untuk membiayai projek pembanguna­n yang berskala besar serta berjangka masa panjang.

“DBOS yang dimiliki kerajaan negeri akan mempercepa­tkan proses pembiayaan kerana ia penting bagi Sarawak yang mahu projek dilaksana dan disiapkan dengan segera dengan kurang kerenah birokrasi,” katanya yang mengulas mengenai penubuhan DBOS yang yang dilancarka­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kelmarin.

Sambil mengucapka­n tahniah kepada Abang Johari dan kerajaan negeri, Peter berkata rakyat negeri ini sudah semestinya meletakkan harapan tinggi terhadap DBOS dalam menyumbang dalam pembanguna­n.

Menurutnya, beliau difahamkan DBOS, sebagai permulaan, akan membiayai projek membaiki lebih 1,000 sekolah daif di Sarawak - isu yang sering dibahaskan oleh orang ramai menerusi media.

“Seterusnya DBOS akan membiayai industri digital, infrastruk­tur, pertanian moden dan lain-lain.

“Sarawak tidak dapat menunggu kerajaan persekutua­n atau bank komersial memandangk­an Sarawak mahu membangun dengan segera dalam berbagai bidang dan tidak mempunyai banyak masa untuk terus menunggu atau mencari kesalahan orang lain,” jelasnya.

DBOS yang dimiliki kerajaan negeri akan mempercepa­tkan proses pembiayaan kerana ia penting bagi Sarawak yang mahu projek dilaksana dan disiapkan dengan segera dengan kurang kerenah birokrasi. Dato Peter Minos Pengerusi MPKS

 ??  ?? TERBAIK: Syahrul Nizam menerima Anugerah Akademik Negara (AAN) daripada Idris pada Majlis AAN ke-10 dan ke-11 di Putrajaya.
TERBAIK: Syahrul Nizam menerima Anugerah Akademik Negara (AAN) daripada Idris pada Majlis AAN ke-10 dan ke-11 di Putrajaya.
 ??  ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia