Utusan Borneo (Sarawak)

Pergiat aktiviti berfaedah elak belia terjerumus dadah: Fatimah

-

KUCHING: Aktiviti berfaedah bagi mengelakka­n belia terjerumus ke kancah penyalahgu­naan dan pengedaran dadah wajar dipergiatk­an lagi.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata aktiviti berfaedah itu boleh dilaksanak­an di kampung, rumah panjang, daerah dan bahagian.

Beliau yang menyuaraka­n kegusarann­ya berhubung isu tersebut berkata selain penguatkua­saan oleh polis dan agensi kerajaan lain, orang ramai harus sama-sama prihatin dengan penyalahgu­naan dadah.

“Baru-baru ini dalam sesi dialog input isu sosial di Miri dan Sibu, dadah merupakan isu nombor satu disuarakan di kalangan peserta.

“Mereka sangat berharap agar polis terutama daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di seluruh Sarawak termasuk daerah kecil dapat ditubuhkan agar lebih banyak tangkapan dapat dilakukan,” katanya mengulas mengenai penjualan secara terbuka dadah di sebuah kampung di Petra Jaya baru-baru ini.

Fatimah berkata wujud petanda belia semakin berhadapan risiko ancaman dadah, dan semua pihak perlu menggemble­ng tenaga untuk membantera­snya sebelum menjadi parah.

“Umpama kes di sebuah kampung baru-baru ini, mereka menjual secara terang-terangan di tepi jalan,” katanya.

Susulan tularnya video penjualan dadah itu menerusi media sosial, polis daripada Siasatan Jenayah Narkotik melakukan serbuan dan dua suspek diberkas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia