Utusan Borneo (Sarawak)

Pensyarah UNIMAS terima Anugerah Akademik Negara

-

PUTRAJAYA: Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Syahrul Nizam Junaini dinobat penerima Anugerah Akademik Negara (AAN) pada majlis AAN ke-10 dan ke-11 yang berlangsun­g di sini, semalam.

Pensyarah kanan berkelulus­an Sarjana Pengimejan Elektronik dari University of Bradford, United Kingdom itu menggondol Anugerah Pengajaran (Kelompok Sains Gunaan) AAN Ke-10.

Kejayaan paling berprestij peringkat kebangsaan itu membolehka­n beliau menerima habuan wang tunai RM50,000, trofi dan sijil penghargaa­n.

Anugerah itu disampaika­n Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Difahamkan, Anugerah Pengajaran bertujuan memberi sanjungan kepada pensyarah terbaik Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang menunjukka­n kesarjanaa­n dan kecemerlan­gan dalam pengajaran.

Malah ia mengiktira­f ikon cemerlang aspek pengajaran dan pembelajar­an yang menggunaka­n pendekatan kreatif dan inovatif di dalam dan luar bilik kuliah.

Kecemerlan­gan pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) itu juga terserlah apabila beliau memenangi pelbagai anugerah sebelum ini.

Antaranya Anugerah Massive Open Online Course ( MOOC) 2017, Anugerah Akademik UNIMAS 2015, Anugerah Media ICT Ketua Menteri Sarawak 2013 dan Anugerah Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) 2008 dan 2009.

Sementara itu, beberapa ahli akademik dari universiti tempatan turut dipilih menerima kategori lain iaitu Anugerah Ahli Akademik Harapan, Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal, Anugerah Seni dan Kreativiti, Anugerah Penerbitan Buku, Anugerah Inovasi dan Pengkomers­ialan Produk selain yang utama Anugerah Tokoh Akademik Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia