Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan ambil hati laporan ‘Guru kelahiran Sarawak berkualiti masih kurang’: KGBS

-

KUCHING: Guru kelahiran Sarawak diharap tidak terkeliru dan terguris hati dengan kenyataan laporan akhbar ‘Guru kelahiran Sarawak berkualiti masih kurang’ dinyatakan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong baru-baru ini.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie berkata, apa difahami KGBS mengenai kenyataan menteri adalah berkaitan dengan kualiti calon-calon guru kelahiran Sarawak yang bakal dilatih.

“Beliau (Manyin) bimbang dengan kualiti calon guru berkenaan sekiranya kita terlalu terikat dengan melaksanak­an dasar 90:10 kerana mungkin kita menghadapi masalah pada masa akan datang untuk menentukan bakal guru kelahiran Sarawak yang berkualiti.

“KGBS yakin bahawa Yang Berhormat Menteri pasti memperakui bahawa guru-guru kelahiran Sarawak sedang berkhidmat sekarang adalah di kalangan guru berkualiti sehingga mereka sanggup berkorban tenaga, masa dan keluarga mereka untuk berkhidmat jauh di pedalaman,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Sebelum ini, akhbar pada Khamis lepas dipetik, kerajaan negeri tidak dapat mendesak untuk mencapai dasar 90:10 guru tempatan mengajar di negeri ini menjelang tahun depan, disebabkan kekurangan guru kelahiran Sarawak yang berkualiti.

Justeru kata Manyin, khidmat guru dari Semenanjun­g Malaysia mungkin masih diperlukan untuk mengajar di negeri ini, sehingga guru tempatan yang berkelayak­an dapat mengisi kekosongan itu.

“Kita tidak boleh terus memenuhi dasar 90:10 ini walaupun inilah yang diingini kerajaan negeri tetapi kita perlu memikirkan kualiti guru juga,” kata Manyin.

Sementara itu Ahmad berkata, kenyataan menteri adalah tidak mahu melatih guru-guru yang datangnya dari calon yang kurang berkualiti atau dengan kata lain, calon-calon yang tidak menepati serta memenuhi syarat sebagai seorang guru.

“Sekiranya kita tidak mengambil kira kualiti calon guru ini susah pasti akhirnya nanti memberi impak secara langsung dalam sistem pendidikan kita.

“Maka itu KGBS mengharapk­an agar warga guru kelahiran Sarawak yang sedang berkhidmat tidak seharusnya berkecil hati seolah-olah menteri menafikan kualiti guru kelahiran Sarawak,” katanya.

Ahmad berkata, kesatuan yakin dan percaya bahawa kerajaan negeri melalui kementeria­n tetap akur dengan dasar berkenaan namun perlu dilaksanak­an secara berhemah.

Katanya KGBS sependapat dan menyokong penuh kenyataan Manyin seperti yang disiarkan sebelum ini bahawa kualiti guru tidak boleh dikompromi­kan.

“Lantaran itu dasar 90:10 ini tidak perlu kita sensasikan sebagai isu politik pada masa ini,” katanya.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia