Utusan Borneo (Sarawak)

Cari jalan tarik kembali anak S’wak di perantauan

Yayasan Sarawak perlu punyai data lengkap agar k’jaan dapat mengetahui platform kerjaya diperlukan

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Kerajaan negeri akan mencari jalan penyelesai­an untuk menyediaka­n platform kerjaya baharu bagi menarik anak Sarawak yang bekerja di luar negara kembali semula ke negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, untuk itu Yayasan Sarawak perlu mempunyai data lengkap mengenai anak Sarawak yang pernah menerima biasiswa pendidikan daripada badan tersebut yang bekerja di luar negara seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Jelasnya, data itu penting agar kerajaan negeri dapat mengetahui platform kerjaya yang diperlukan supaya ia dapat diwujud di negeri ini sekali gus menarik mereka untuk kembali menyumbang­kan bakti kepada pembanguna­n Sarawak.

“Kebanyakan penerima Anugerah Khas ( Ketua Menteri Sarawak dari Yayasan Sarawak) kita bekerja di luar Sarawak dan ini bermakna peluang kerjaya adalah kurang di negeri ini.

“Maka itu, kita perlu mencari penyelesai­an mengenai perkara ini dengan memberi

Maka itu, kita perlu mencari penyelesai­an mengenai perkara ini dengan memberi peluang, platform ekonomi dan sosial yang lebih maju supaya mereka dapat menggunaka­n pengetahua­n yang mereka perolehi untuk menyumbang kepada pembanguna­n Sarawak. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

peluang, platform ekonomi dan sosial yang lebih maju supaya mereka dapat menggunaka­n pengetahua­n yang mereka perolehi untuk menyumbang kepada pembanguna­n Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaia­n Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak Ke-25 di Dewan Santapan, Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini malam kelmarin.

Tambah Abang Johari, peringkat pembanguna­n yang ada di sini pada masa ini mungkin belum menjadi platform bagi anak Sarawak yang bekerja di luar negara kembali dan membantu dalam pembanguna­n negeri.

“Dengan ini, saya harap perjalanan kita dalam pembanguna­n ekonomi digital dapat mengembang­kan hasil serta peluang ekonomi yang lebih maju supaya anak Sarawak yang berjaya di luar sana dapat kembali dan menyumbang kepada keperluan dalam pembanguna­n yang sedang berlaku di negeri kita,” tegasnya.

Mengenai majlis itu, beliau memberitah­u Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak Ke25 merupakan majlis penting selari dengan sambutan jubli perak penganjura­nnya.

Menurutnya, ia membuktika­n kejayaan Yayasan Sarawak dalam memainkan peranan mereka membantu anak tempatan berjaya dalam bidang pendidikan.

Menyentuh perkembang­an lain, Abang Johari berkata pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri nanti, Majlis Penyelidik­an akan dibentuk secara rasmi.

“Untuk ini, Yayasan Sarawak boleh menjadi ahli dalam majlis ini untuk kita bersama-sama menyediaka­n peluang kepada anak Sarawak melanjutka­n pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang penyelidik­an teknologi,” ujarnya.

Pada majlis itu, Abang Johari menyampaik­an Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak Ke-25 kepada 12 penerima yang terdiri daripada pelajar cemerlang, guru cemerlang, pemimpin sekolah cemerlang, dan sekolah cemerlang.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Dato Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, barisan menteri kabinet dan wakil rakyat, Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? TAHNIAH: Abang Johari ditemani Uggah, Awang Tengah dan Azmi merakam kenangan bersama penerima Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak Ke-25.
TAHNIAH: Abang Johari ditemani Uggah, Awang Tengah dan Azmi merakam kenangan bersama penerima Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak Ke-25.
 ??  ?? SELESAI: Wan Junaidi mengadakan sidang media di Bilik Mesyuarat Jabatan Alam Sekitar, Bangunan STA semalam.
SELESAI: Wan Junaidi mengadakan sidang media di Bilik Mesyuarat Jabatan Alam Sekitar, Bangunan STA semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia