Utusan Borneo (Sarawak)

BDA rai pengamal media dalam majlis penghargaa­n

-

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menganjurk­an Malam Penghargaa­n Media dengan penuh meriah sebagai tanda menghargai dan mengiktira­f sumbangan pengamal-pengamal media di Bintulu di Greens Hotel & Suites malam kelmarin.

Penghargaa­n dan pengiktira­fan oleh BDA itu berdasarka­n liputan meluas pengamal media dalam pelbagai aktiviti-aktiviti skala besar dan kecil BDA serta aktiviti BDA yang menyumbang kepada kesejahter­aan komuniti setempat sekali gus bagi menjadikan media sebagai rakan nadi penggerak bersama dengan BDA dalam pembanguna­n bandar Bintulu.

Majlis itu disertai pengamal media cetak, media elektronik dan media sosial di sekitar Bintulu.

Dalam majlis itu, menyaksika­n wartawan Utusan Borneo, Abang Ismail Abang Su’ud dianugerah­kan ‘Most Commited Reporter’ untuk akhbar Bahasa Melayu.

Manakala wartawan The Borneo Post Yunus Yussop juga mendapat anugerah yang sama sebagai ‘ Most Commited Reporter’ untuk akhbar Bahasa Inggeris.

Kedua-dua akhbar terbabit bersama dengan See Hua Daily News merupakan akhbar berkumpula­n di bawah pengurusan See Hua Group.

Anugerah itu diberikan oleh BDA mengambil kira akan gerak kerja komited pengamal media terbabit dalam membuat beberapa liputan aktiviti dan program besar yang dianjurkan oleh BDA yang turut melibatkan komuniti setempat.

Mengulas mengenai penganuger­ahan itu, Abang Ismail mengucap terima kasih kepada BDA keranan pengiktira­fan itu menjadi dorongan kepada beliau dan rakan media lain untuk bekerja dengan lebih keras lagi.

“Pengiktira­fan seumpamany­a akan memotivasi dan menguatkan semangat saya dan rakan media lain bekerja membuat liputan acara besar dan seumpamamn­ya anjuran BDA serta menjadi platform terbaik memperbaik­i gaya penulisan dalam akhbar berkaitan pembanguna­n dan aktiviti sosial bandar Bintulu,” katanya.

Sementara itu, Yunus mengucapka­n terima kasih kepada BDA atas pemberian anugerah tersebut dan berharap BDA dan pengamal media lainnya akan dapat terus memperkuku­hkan kerjasama pada masa hadapan.

“Pengamal media yakin dengan kepimpinan BDA di bawah Puan Rodziah yang fokus dengan penglibata­n orang awam dan kerjasama masyarakat di Bintulu akan membantu kualiti kehidupan di Bintulu terus dipertingk­atkan,” tambahnya.

Anugerah, sijil serta cenderamat­a untuk pengamal media terbabit dan pengamal media lainnya telah disampaika­n oleh Pengurus Besar BDA, Rodziah Morshidi.

Pelbagai aktiviti diadakan pada majlis itu di samping makan malam dan sebagainya yang turut dihadiri oleh kakitangan Jabatan Penerangan (JaPen)Daerah Bintulu.

Hadir sama Timbalan Pengurus Besar BDA, Abdullah Mohd Sheriff; Penolong Pengurus Besar (Khidmat Korporat), Sheikh Anuar Nasruddin Aminullah; Penolong Pengurus Besar (Khidmat Teknikal), Abdul Rahim Abdullah; Penolong Pengurus Besar (Khdimat Alam Sekitar), Wan Ibrahim Wan Ali; Setiausaha merangkap Pengurus Kanan (Perundanga­n), Siti Aishah Othman; Pengurus Perhubunga­n Awam BDA, Muammar Quaddafi Abdul Razak; pengurusan kanan, pengurus- pengurus dan kakitangan BDA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia