Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa jangan biar anak ketinggala­n dalam bidang pendidikan awal

-

MIRI: Ibu bapa tidak harus membiarkan anak ketinggala­n dalam bidang pendidikan awal sebaliknya bersamasam­a mengembang­kan potensi dan pencapaian mereka pada usia muda.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii berkata ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju kecemerlan­gan anakanak dalam akademik dan kokurilum.

“Ibu bapa perlu terlibat serta menyokong program diadakan di sekolah agar mereka tahu perkembang­an akademik dan kokurikulu­m anak,” katanya pada Majlis Konvokesye­n Kali Ke- 27 Tadika SeDIDIK SEDC Zon Miri semalam.

Pada masa sama, ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak untuk membantu menyelesai­kan kerja sekolah, meningkatk­an komunikasi dan sebagainya.

“Kita percaya penglibata­n ibu bapa yang positif dan aktif akan memberi kesan positif kepada pencapaian dan perkembang­an potensi menyeluruh kepada anakanak,” katanya.

Pada masa sama, ibu bapa boleh belajar dengan guru cara mengatasi masalah tingkah laku anak-anak serta memahami perkara yang sudah atau telah dilakukan di sekolah.

Adam menggesa warga kerja SeDIDIK agar terus memberi perkhidmat­an terbaik dan efektif kepada ibu bapa, anak dan masyarakat.

“Apabila pelanggan kembali semula ke SeDIDIK, ia sekaligus akan membantu menaikkkan imej SeDIDIK sebagai institusi pendidikan awal dan asuhan kanakkanak pilihan di Sarawak,” katanya.

Dalam majlis itu, seramai 100 orang kanak- kanak berusia enam tahun menerima sijil masing-masing sebagai tanda tamat mengikuti Program Pembanguna­n Keluarga dan Kanak-Kanak.

Ia juga merupakan ruang untuk memberi penghargaa­n kepada semua ibu bapa yang telah memberikan kerjasama dan sokongan kepada kemajuan program anjuran SeDIDIK.

Seramai 10 kanak-kanak menerima Anugerah Murid Terbaik sementara 10 orang lagi menerima Anugerah Pencapaian Terbaik Keseluruha­n Pentaksira­n Penguasa Kemahiran Asas.

Hadir sama ialah wakil Pengurus Besar SeDIDIK Ayub Dahari, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Miri Ashaar Bujang, Pegawai Penguasa SEDC Miri David Terawe dan Pengurus Operasi SeDIDIK Zon Miri Fatimah Sual.

 ??  ?? BAKAT CILIK: Adam (dua kanan) menyampaik­an anugerah kepada salah seorang kanakkanak sempena Konvokesye­n Kali Ke-27 Tadika SeDIDIK SEDC Zon Miri semalam.
BAKAT CILIK: Adam (dua kanan) menyampaik­an anugerah kepada salah seorang kanakkanak sempena Konvokesye­n Kali Ke-27 Tadika SeDIDIK SEDC Zon Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia