Utusan Borneo (Sarawak)

Program perkukuh perpaduan diperhebat

Bermula awal tahun ini, ia diteruskan sehingga penghujung tahun depan: Dirwana

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sarawak akan memperheba­tkan programpro­gram memperkuku­hkan perpaduan dalam komuniti di seluruh negeri.

Pengarahny­a Dirwana Azool berkata, ia sudah bermula sejak awal tahun ini dan akan diteruskan sehingga penghujung tahun depan.

“Tahun depan akan diperhebat­kan lagi rancangan program yang akan dilaksanak­an di seluruh negeri untuk tujuan permuafaka­tan di 18 kawasan seluruh negeri.

“Ini secara tidak langsung akan memanfaatk­an lebih daripada 20,000 penduduk di seluruh Sarawak.

“Kita tidak mempunyai masalah perpaduan tetapi mahu menggalakk­an usaha untuk memastikan perpaduan itu di-

Kita tidak mempunyai masalah perpaduan tetapi mahu menggalakk­an usaha untuk memastikan perpaduan itu dimantapka­n lagi. Dirwana Azool Pengarah JPNIN Sarawak

mantapkan lagi,” katanya ketika ditemuisel­epasMajlis­Penutupan ProgramJir­anSepakatK­omuniti Selamat di Pusat Latihan Tel- ekom di sini, semalam.

Dirwana berkata, setiap program yang dianjurkan pihaknya adalah un- tuk mengeratka­n hubungan dalam kalangan masyarakat selain memastikan penglibata­n menyeluruh dalam setiap program yang dilaksanak­an.

“Kalau kerja atau aktiviti yang dilakukan bersendiri­an, ia bukan dinamakan berkumpul. Maka, kerjasama itu sebenarnya yang menunjukka­n semangat perpaduan dalam komuniti,” jelasnya.

Semalam, sebanyak 90 Jawatankua­sa Rukun Tetangga di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) terlibat dalam pelbagai aktiviti di sini.

Antaranya, pertanding­an mewarna, futsal, senamrobik, kuiz keselamata­n, pertanding­an memasak, pertanding­an membuat kuih tradisiona­l dan pameran daripada pelbagai agensi.

Program komuniti tersebut antara lain untuk mempererat­kan semangat kejiranan dan menerap konsep kerjasama dan saling menghormat­i.

“Bila komuniti sudah memahami dan wujud keserasian di kalangan mereka maka tidak akan wujud prejudis, hasad dengki, iri hati dan sebagainya,” ujarnya lagi.

 ??  ?? TERTARIK: Dirwana (dua kiri) bersama yang lain melawat pameran agensi AADK selepas Majlis Penutupan Program Jiran Sepakat Komuniti Selamat di Pusat Latihan Telekom, semalam.
TERTARIK: Dirwana (dua kiri) bersama yang lain melawat pameran agensi AADK selepas Majlis Penutupan Program Jiran Sepakat Komuniti Selamat di Pusat Latihan Telekom, semalam.
 ??  ?? SERAH: Henry menyampaik­an jersi kepada Rentap untuk diserahkan kepada PBS Pekan Betong.
SERAH: Henry menyampaik­an jersi kepada Rentap untuk diserahkan kepada PBS Pekan Betong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia