Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah masuk kampung, semua pihak perlu buka mata: Wan Zain

-

MIRI: Rakaman mengenai pengedaran dadah secara terbuka di tepi jalan di Kampung Sin-Sin Jalan Astana Kuching yang videonya menjadi tular membuktika­n pengaruh dadah sudah meresap ke kawasan kampung.

Aktivis Sosial Masyarakat, Wan Zain Syed Mohdzar berkata semua pihak termasuk pihak penguat kuasa harus buka mata dengan pendedahan netizen mengenai kegiatan pengedaran dadah.

“Kita bimbang belia kampung dan pelajar sekolah menjadi mangsa sindiket dadah bahkan rondaan dari kampung ke kampung perlu dibuat jika terdapat aduan orang awam,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Wan Zain berkata kempen pencegahan dadah selama ini dirancang kerajaan perlu dikaji semula atau ditambahba­ik bagi menyedarka­n bahaya pengambila­n dan ketagihan dadah.

“Ceramah, kempen poster dan sebagainya tidak lagi berkesan sebaliknya satu inisiatif lebih agresif perlu diambil untuk menyedarka­n masyarakat akan bahaya pengambila­n dadah,” jelasnya.

Beliau juga memuji tindakan pantas pihak polis yang berjaya memberkas tiga lelaki yang terlibat dalam aktiviti jual beli dadah di Kampung Sin-Sin.

Bagaimanap­un katanya, tindakan tidak harus terhenti di situ sahaja sebaliknya mencari dalang sebenar atau tokan dadah yang berselindu­ng di sebalik pengedaran dadah kecil-kecilan.

“Kita melihat netizen juga mempunyai peranan besar mendedahka­n perlakuan jenayah dan pendedahan video yang tular ini boleh dijadikan bukti kukuh berlakunya aktiviti jual beli dadah di sini,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ( JSJN) Sarawak Superinten­den Sahar Abdul Latif berkata dua lelaki ditahan selepas tular video kegiatan jual beli dadah.

Keputusan ujian saringan awal polis mendapati keduadua suspek positif dadah jenis Methamphet­amine serta mempunyai rekod jenayah lama di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Sahar berkata pasukan sama turut menahan seorang lagi lelaki di Taman Botanical dan menemui 37 peket plastik lutsinar dipercayai mengandung­i 504 pil Nospen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia