Utusan Borneo (Sarawak)

Belia perlu lebih proaktif sertai program tingkat kemahiran diri

-

KUCHING: Belia perlu lebih proaktif menyertai program yang boleh meningkatk­an kemahiran diri agar mudah mencari peluang pekerjaan yang ada dalam pasaran kerja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris berkata, golongan itu tidak seharusnya hanya bergantung kepada tawaran kerajaan, sebaliknya berusaha mencari peluang yang ada.

Menurutnya, kemahiran yang ada dalam diri perlu diasah dan dilatih sebaiknya-baiknya dengan menyertai apa jua program yang dianjurkan sama ada dari institusi pengajian tinggi, agensi swasta mahupun badan bukan kerajaan (NGO)

“Jika kita mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu, secara langsung ia membuka banyak peluang untuk kita mendapatka­n pekerjaan yang ada dalam pasaran selain memberi nilai tambah untuk menjana pendapatan sendiri.

“Justeru, saya sarankan belia terutama dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan merebut peluang dengan menyertai apa jua program mahupun aktiviti yang dianjurkan bagi meningkatk­an kemahiran diri masing-masing,” ujarnya

Beliau berkata demikian semasa menyempurn­akan majlis program ‘Community Outreach’ Kolej Komuniti Mas Gading sempena ‘Juh Berambeh Simunjan Tahun 2017’ di Simunjan, barubaru ini.

Kira-kira 50 belia dalam konstituen­si DUN Simunjan menyertai program itu dengan matlamat untuk menyebar luas ilmu pengetahua­n dan kemahiran kepada masyar- akat menerusi program anjuran Kolej Komuniti.

Kata Awla, program mahupun kursus yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti itu merupakan salah satu contoh untuk belia memperleng­kapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran.

“Terdapat banyak kursus yang disediakan oleh kolej komunti ini, antaranya kursus kraf tangan, jahitan, solekan, keusahawan­an dan sebagainya,” katanya.

 ??  ?? TANDA INGATAN: Awla menerima cenderamat­a daripada Kolej Komuniti Mas Gading semasa menghadiri program ‘Community Outreach’ kolej itu di Simunjan, baru-baru ini.
TANDA INGATAN: Awla menerima cenderamat­a daripada Kolej Komuniti Mas Gading semasa menghadiri program ‘Community Outreach’ kolej itu di Simunjan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia