Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah Khas SMK Bintangor bakal dapat bangunan baharu

-

BINTANGOR: Golongan pelajar Sekolah Khas Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Bandar Bintangor bakal mendapat sebuah bangunan baharu pada masa akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata bangunan itu merupakan salah satu bangunan impian bagi pelajar pendidikan khas sejak sekian lama.

“Kita bersyukur tahun ini impian tersebut menjadi kenyataan apabila kerajaan melu- luskan peruntukan bangunan baharu bernilai RM318,000 dibina dalam tempoh terdekat dan siap sepenuhnya pada Mac 2018.

“Projek pembinaan bangunan itu di bawah Program Transforma­si Luar bandar,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Rumah Pendidikan Khas SMK Bandar Bintangor, semalam.

Menurut Ding, dengan siapnya projek itu nanti diharap mampu memberi manfaat kepada pelajar-pelajar sekolah khas.

Katanya, ia sebagai bukti kerajaan prihatin dengan golongan terbabit agar mereka mendapat pendidikan sewajarnya seperti pelajar-pelajar lain.

“Pendidikan adalah perintis kepada kejayaan dan permulaan bagi lakaran masa depan seseorang.

“Kerajaan memberi tumpuan terhadap semua perkara berkaitan pendidikan dengan menyalurka­n pelbagai pelan pembanguna­n agar dapat menikmati suasana pendidikan selesa,” katanya.

Ding turut mengumum- kan peruntukan berjumlah RM3,000 kepada SMK Bandar Bintangor untuk menampung Projek Keusahawan­an Program Pendidikan Khas Integrasi.

Hadir sama Pengetua SMK Bandar Bintangor, Hii Kwong Ung dan Pegawai Pendidikan Daerah ( PPD) Bintangor, Ismail Abang Mohamad.

 ??  ?? PECAH TANAH: Ding menyempurn­akan upacara pecah tanah Rumah Pendidikan Khas SMK Bandar Bintangor semalam.
PECAH TANAH: Ding menyempurn­akan upacara pecah tanah Rumah Pendidikan Khas SMK Bandar Bintangor semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia