Utusan Borneo (Sarawak)

Forum teknikal kupas isu SCORE

Lebih 100 hadiri forum anjuran IEM Cawangan Miri di Curtin Malaysia

- Oleh Sudan Ajang

Manakala ekonomi di Sarawak turut berkembang dan tenaga boleh diperbahar­ui mungkin jawapan kepada bekalan tenaga mampan.

SIBU: Hari Keluarga, Merentas Desa dan Jualan Amal 2017 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) St Mary berlangsun­g dengan jayanya semalam.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan dengan acara senaman aerobik dimulakan jam 7.30 pagi disertai Yang Dipertua PIBG SK St Mary, Sayed Azmee Wan Junaidi dan ahli-ahli exco.

Turut serta Guru Besar SK St Mary Richard Anok, bekas Yang Dipertua PIBG SK St Mary, John Lye, guruguru serta ibu bapa.

Sayed Azmee berkata, hasil jualan amal program tersebut akan dimanfaatk­an oleh PIBG untuk menjalanka­n aktiviti sekolah dan pembanguna­n pendidikan murid-murid SK St Mary.

“Selain itu, program itu juga mendapat kerjasama kalangan ibu bapa dan guruguru,” katanya sambil menambah semangat kerjasama berpasukan itu membantu mereka melaksanak­an pelbagai aktiviti.

Katanya, tanpa semangat berpasukan program atau aktiviti yang dirancang tidak dapat berjalan lancar.

“Kami berterima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru kerana sentiasa memberi sokongan penuh dalam penganjura­n program sekolah,” jelasnya. MIRI: Lebih 100 ahli Institusi Jurutera Malaysia (IEM), pelajar jurusan kejurutera­an Universiti Malaysia Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) dan orang awam menghadiri forum teknikal bertajuk ‘Tenaga Boleh Diperbahar­ui Sarawak: Apa Yang Ada Untuk Kita?’

Forum sehari itu dianjurkan oleh IEM Cawangan Miri bertempat di dewan kuliah Fakulti Kejurutera­an dan Sains, Curtin Malaysia.

Jurucakap penganjur berkata, forum itu bertujuan menyediaka­n landasan untuk berkongsi maklumat dan dialog antara Sarawak Energy Berhad (SEB) dan peserta di kalangan jurutera, bakal jurutera dan orang awam.

“Sejak pelancaran Koridor Tenaga Boleh Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) pada 2008, rakyat di negeri ini menyaksika­n pembanguna­n pesat khususnya dalam industri berat dan pembinaan

Jurucakap penganjur

loji jana kuasa berimpak mega bagi memenuhi keperluan tenaga.

“Manakala ekonomi di Sarawak turut berkembang dan tenaga boleh diperbaha- rui mungkin jawapan kepada bekalan tenaga mampan,” jelasnya.

Katanya, rakyat di negeri ini pasti mahu tahu bagaimana pembanguna­n itu dapat menguntung­kan mereka.

Katanya, forum teknikal itu turut dianjur bagi memberi maklumat kepada jurutera mengenai potensi sesebuah industri, program yang bakal dilaksanak­an dan inisiatif untuk membangunk tenaga boleh diperbahar­ui di Sarawak.

Sementara itu dua topik dibincangk­an semasa forum iaitu ‘Energy Outlook in Sarawak – Current and Future Developmen­t Plan’ dan ‘Renewable Energy Initiative­s – Challenges and Opportunit­y for Engineers and the people of Sarawak’ diikuti dengan sesi soal jawab.

 ??  ?? BENTANG: Penceramah sedang membentang­kan salah satu topik semasa forum teknikal anjuran IEM cawangan Miri di Curtin Malaysia semalam.
BENTANG: Penceramah sedang membentang­kan salah satu topik semasa forum teknikal anjuran IEM cawangan Miri di Curtin Malaysia semalam.
 ??  ?? SEDIA, MULA: Sayed Azmee (lima kiri, bertopi putih) melakukan simbolik pelepasan peserta acara merentas desa.
SEDIA, MULA: Sayed Azmee (lima kiri, bertopi putih) melakukan simbolik pelepasan peserta acara merentas desa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia