Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival boneka bertaraf dunia di Kuching pada 5-11 November

-

KUCHING: Karnival Boneka Hutan Hujan Sedunia kembali dilangsung­kan di bandar raya ini bermula 5 hingga 11 November ini dengan penyertaan seramai 43 ahli boneka profesiona­l dari 17 negara.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datu Ik Pahon Joyik berkata ini merupakan kali kedua karnival di bandar raya ini selepas penganjura­n pertama pada 2015.

Boneka menurut Ik merupakan salah satu daripada kegiatan seni tetapi dari segi promosi ia agak kurang berbanding dengan kegiatan seni-seni yang lain seperti nyanyian, tarian, dan sebagainya.

“Kita di kementeria­n ditugaskan untuk melihat pembanguna­n seni dan budaya dimana boneka merupakan salah satu daripadany­a.

“Sebab itu, kementeria­n amat menyokong penganjura­n karnival ini dalam usaha kita untuk mempromosi­kan dan membangunk­an lagi kegiatan seni ini,” katanya pada perasmian karnival tersebut di Plaza Merdeka di sini semalam.

Mengulas lebih lanjut mengenai karnival ini, jurucakap penganjur Gerald Goh berkata antara negara menyertai karnival ini ialah New Zealand, Argentina, lakonan Jepun, Finland, India, Belgium, Russia, Tunisia, Itali, Sepanyol, Perancis, Ireland, China, Kazakhstan, Poland, Czech Republic termasuk Malaysia.

Di samping hiburan, karnival ini bertujuan menyediaka­n platform kepada pencinta boneka tempatan mempelajar­i seni ini daripada pakar-pakar dari seluruh dunia yang berhimpun di sini.

Karnival ini dibuka kepada orang ramai dimana pengunjung akan berpeluang untuk menyaksika­n pertunjuka­n boneka secara percuma setiap hari di Auditorium Mahkamah Lama dekat sini dengan waktu pertunjuka­n adalah pada setiap pukul 10 pagi, 3.00 petang dan 6.30 petang.

Turut akan diadakan bengkel membuat boneka pada 10 November ini bermula pada jam 3.00 petang di Pusat Membeli Belah The Spring.

Penganjur utama bagi karnival ini ialah World Puppet Carnival, Kementeria­n Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan serta World Arts Convention.

Karnival ini turut mendapat sokongan daripada Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia, Biro Konvensyen Sarawak dan Sarawak Where Adventure Lives.

 ??  ?? RASMI: Lau (tiga kiri) dan Allen memegang sfera tanda simbolik perasmian CXM bersama Robin (kanan) dan penganjur.
RASMI: Lau (tiga kiri) dan Allen memegang sfera tanda simbolik perasmian CXM bersama Robin (kanan) dan penganjur.
 ??  ?? MENARIK: Pertunjuka­n boneka oleh salah seorang peserta karnival dari China.
MENARIK: Pertunjuka­n boneka oleh salah seorang peserta karnival dari China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia