Utusan Borneo (Sarawak)

Bangun ekonomi Bumiputera yang masih jauh ketinggala­n

-

MIRI: Kerajaan perlu melihat secara terperinci usaha membangunk­an ekonomi Bumiputera di ngeri memandangk­an golongan terbabit masih jauh ketinggala­n.

Ahli Parlimen Sibuti, Datuk Ahmad Lai Bujang mengakui terdapat jurang yang agak ketara mengenai kejayaan Bumiputera di Semenanjun­g jika dibandingk­an dengan Sarawak.

“Aktiviti perniagaan sinonim dengan wanita Iban di pasar tamu, bagaimanap­un mereka masih lagi ‘kabur’ mengenai saluran untuk mendapatka­n bantuan kewangan,” katanya semasa membahaska­n Bajet 2018 di Dewan Rakyat Khamis lalu.

Tambahnya, masih terdapat kekurangan penyertaan pribumi Sarawak dalam perniagaan sektor industri kecil berbanding rakan Bumiputera di Semenanjun­g.

Ujarnya, rakan Bumiputera mereka di sana menikmati pelbagai bantuan daripada kerajaan untuk mengembang­kan rangkaian perniagaan mereka.

Sehubungan itu, kerajaan katanya perlu melihat lebih jelas usaha meningkatk­an ekonomi kaum Iban, Orang Ulu, Melanau serta Melayu Sarawak.

Ahmad Lai juga tidak melihat secara khusus peruntukan untuk memerangi dadah memandangk­an gegala itu semakin merebak ke kawasan luar bandar.

“Untuk mencapai aspirasi Transforma­si Nasional (TN50) saya melihat negara perlu matang dalam kehidupan sosial dan bebas daripada dadah,” katanya.

Tambah beliau, akses jalan masuk ke kampung telah membuka peluang kepada pengedar dadah untuk menjual barangan terlarang itu kepada belia kampung.

Bahkan, hasil pertanian seperti sawit juga telah dicuri oleh penagih untuk mendapatka­n wang bagi membeli dadah daripada pengedar.

Sehubungan itu, Kementeria­n Belia dan Sukan perlu mencari formula untuk memerangi dadah serta menggunaka­n peruntukan Bajet 2018 untuk tujuan itu,” katanya.

Beliau juga mengalu-alukan agar kerajaan dapat menyegerak­an pembelian aset pertahanan terutama kapal peronda dan ditempatka­n di perairan Sarawak.

“Dengan adanya kapal peronda ini, nelayan di kawasan saya tidak lagi bimbang melihat kehadiran Kapal Pengawal Pantai China di dalam perairan negara,” tegasnya.

 ??  ?? AHMAD LAI
AHMAD LAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia