Utusan Borneo (Sarawak)

Institusi gereja berperanan penting bangun pendidikan

Beri sumbangan besar kepada negeri sejak dahulu lagi

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Institusi gereja Kristian memainkan peranan penting dalam membantu membangunk­an negeri ini sejak dahulu lagi, khususnya dalam bidang pendidikan.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berkata, selain membawa penduduk negeri ini menganut agama Kristian, institusi gereja turut menyediaka­n peluang pendidikan kepada mereka. “Institusi gereja memainkan peranan penting di Sarawak.

Apabila institusi ini datang ke Sarawak dahulu, mereka tidak hanya menjadikan kita sebagai orang Kristian.

“Sebaliknya, institusi ini memainkan peranan penting dalam memberi pendidikan kepada kita sejak dahulu hingga kini,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sarawak Iban Annual Conference Sesi Ke-42 Gereja Methodist Malaysia, malam kelmarin.

Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an berkata, beliau menerima pendidikan di sekolah mubaligh Methodist sejak berusia lima tahun lagi.

Apabila menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, beliau telah ditawarkan

Kebanyakan pemimpin kita di Sarawak adalah mereka yang mendapat pendidikan di sekolah-sekolah yang didirikan oleh institusi gereja Methodist ini. Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing Timbalan Ketua Menteri

biasiswa oleh gereja Methodist sehingga tamat pengajian dari sebuah universiti di New Zealand pada tahun 1976.

“Kebanyakan pemimpin kita di Sarawak adalah mereka yang mendapat pendidikan di sekolah- sekolah yang didirikan oleh institusi gereja Methodist ini,” jelas Masing sambil berterima kasih kepada pihak gereja.

Pada majlis sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh itu turut mengumumka­n geran sebanyak RM50,000 kepada SAIC.

Hadir sama Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi, ADUN Pelagus Wilson Nyabong, Bishop Gereja Methodist Malaysia Dr Ong Hwai Tiek, Presiden Sarawak Chinese Annual Conference Rev Dr Tie King Tai, Presiden SIAC Rev Steward Damat, pengerusi pengajur majlis Rev Susan Tunsang serta yang lain.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Masing (tiga kiri) melihat buku yang diberikan sebagai cenderamat­a pada majlis makan malam SIAC. Turut kelihatan (dari kiri) Dr Tie, Alexander, Steward, Wilson dan Dr Ong.
CENDERAMAT­A: Masing (tiga kiri) melihat buku yang diberikan sebagai cenderamat­a pada majlis makan malam SIAC. Turut kelihatan (dari kiri) Dr Tie, Alexander, Steward, Wilson dan Dr Ong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia