Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi hari ini bertuah dapat menikmati pendidikan berkualiti

-

KUCHING: Sekolah Jenis Kebangsaan ( SJK) Chung Hua No. 5 telah menganjurk­an Pameran Mini 4R ( Reduce, Reuse, Recycle, Rethink) dari 23 Oktober hingga 3 November lalu.

Program itu bertujuan untuk melibatkan pelajar dalam pembelajar­an kolaborati­f yang bermakna serta membangunk­an pemikiran kritis dan daya menyelesai­kan masalah.

Di samping itu, ia juga membantu membangunk­an kriteria kepimpinan pelajar dan pembanguna­n peribadi.

Difahamkan, program itu merupakan projek Panitia Bahasa Inggeris untuk murid Tahun 6 bagi melatih mereka untuk bekerjasam­a, berkomunik­asi dan memupuk kemahiran kepimpinan.

Aktiviti ini juga melibatkan semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan menyumbang­kan karya mereka dari segi poster, kraf tangan dan penciptaan inovasi.

Penglibata­n peserta dalam aktiviti itu membolehka­n mereka menerapkan nilai kerjasama sebagai satu pasukan, menanamkan keyakinan dan perkembang­an diri.

Hadir sama Guru Besar SJK Chung Hua No.5 Chin Mui Ling, wakil daripada CMS Property Developmen­t Sdn Bhd Charlotte, Penolong Kanan Kokurikulu­m Chong Kien Syn dan wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuching. BINTULU: Generasi hari ini amat bertuah berikutan mendapat peluang besar dan mudah untuk memperoleh pendidikan berkualiti melalui pelbagai sumber dan maklumat berkaitan tanpa had.

Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Fred Entau berkata, generasi hari ini juga amat mudah mendapat sumber ilmu tanpa had misalnya melalui Internet.

“Belajar pada hari ini semakin mudah dan tidak hanya terhad mendapatka­n ilmu melalui pembacaan buku.

“Sistem pendidikan di negara ini pada hari ini semakin maju berbanding zaman sebelumnya dan guru sekarang dilatih dengan baik bersama kelayakan peringkat tinggi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baru Bintulu di Dewan Suarah Bintulu baru-baru ini.

Katanya meskipun generasi dahulu tidak menikmati apa yang dinikmati generasi hari ini tetapi kita masih dapat berjaya disebabkan kita berjuang meningkatk­an pencapaian sedia ada.

Beliau berkata masa berubah, begitu juga pendidikan memerlukan pelajar bersedia dari segi fizikal dan psikologi untuk menghadapi perubahan itu.

“Kemahiran, kreativiti, kemahiran berfikir aras tinggi termasuk kemahiran keusahawan­an adalah antara yang perlu dipertingk­atkan,” katanya.

Selain itu, Fred mengingatk­an ibu bapa agar sentiasa memantau aktiviti luar anak dan perlu turut memain peranan dalam mendidik anak mereka di rumah.

Katanya ibu bapa tidak harus menyerahka­n sepenuhnya tanggungja­wab kepada guru mendidik anak mereka di sekolah tetapi sewajarnya memberi motivasi kepada anak semasa berada di rumah.

“Kejayaan pelajar adalah hasil komitmen dua pihak antara guru dan ibu bapa,” tambahnya.

Turut hadir Pengetua SMK Baru Rohani Daud, pengerusi penganjur Abdul Rahman Katiran, guru kanan, ketua masyarakat dan ibu bapa.

 ??  ?? ANUGERAH: Ketua Kaum Kampung Baru Laut, Sikong Lusek (kanan) menyampaik­an sijil cemerlang kepada seorang pelajar.
ANUGERAH: Ketua Kaum Kampung Baru Laut, Sikong Lusek (kanan) menyampaik­an sijil cemerlang kepada seorang pelajar.
 ??  ?? KENANGAN: Para pemenang pertanding­an Ciptaan Kreatif dan Inovatif merakam gambar kenangan.
KENANGAN: Para pemenang pertanding­an Ciptaan Kreatif dan Inovatif merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia