Utusan Borneo (Sarawak)

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi JKKP Johor ditahan SPRM

-

JOHOR BAHRU: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan ( JKKP) ( Operasi) Johor kerana disyaki bersubahat dalam meminta serta menerima wang rasuah daripada seorang pengurus projek syarikat kejurutera­an petroleum.

SPRM dalam kenyataan di sini berkata suspek yang berumur 47 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira- kira 11.00 malam kelmarin bagi membantu siasatan.

Susulan penangkapa­n itu pasukan penyiasat telah menyerbu tiga lokasi berlainan di sini dan menjumpai wang tunai berjumlah RM40,400 dan Singapura Dollar 1,613 serta merampas beberapa dokumen berkaitan projek berkenaan.

Menurut kenyataan itu, berdasarka­n siasatan suspek disyaki menerima wang rasuah berjumlah RM8,000 daripada pengurus projek tersebut melalui seorang pegawai JKKP yang ditahan sebelum ini sebagai dorongan untuk tidak diambil tindakan terhadap syarikat itu yang memasang Mesin Angkat (Grip Hoist) tanpa mendapat kebenaran daripada JKKP.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a)Akta SPRM 2009 yang memperuntu­kkan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM 10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor Dato Azmi Alias ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan tersebut dan berkata suspek telah dihadapkan ke mahkamah pagi ini untuk permohonan reman.

Pada 31 Okt lalu, seorang Penolong Pengarah JKKP Johor ditahan pada jam 2.40 petang di sebuah hotel di Johor Bahru kerana disyaki terlibat dalam kes meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM30,000 daripada pengurus projek itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia