Utusan Borneo (Sarawak)

Imigresen Sabah kesan PATI guna ‘pasport kosong’

-

TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia Sabah mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunaka­n ‘pasport kosong’ iaitu pasport yang dikeluarka­n kedutaan atau konsulat masing-masing, tetapi tiada rekod pasport itu didaftar keluar atau masuk negara ini dengan jabatan itu.

Pengarah Imigresen Negeri Musa Sulaiman berkata walaupun kes berkenaan tidak begitu serius di negeri ini, namun jabatan itu tidak akan memandang remeh perkara itu.

“Ada juga majikan yang menggaji pekerja asing yang menggunaka­n pasport kosong ini yang dikeluarka­n oleh kedutaan atau konsulat mereka, tetapi tidak masuk ke negara ini secara sah.

Jabatan Imigresen Sabah tidak akan berkomprom­i dengan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang atau mengganggu kedaulatan negara, termasuk penggunaan pasport kosong,” katanya pada majlis Dialog Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan Jabatan Imigresen Malaysia Sabah dengan Persatuan Cina Tawau di sini.

Musa menjelaska­n hanya pasport yang melalui prosedur ditetapkan kerajaan sahaja yang boleh diguna pakai untuk tinggal dan mendapatka­n pekerjaan di negeri ini.

Mengulas mengenai sesi dialog itu, beliau berharap lebih banyak sesi seperti itu diadakan dengan para majikan tampil menyuaraka­n segala isu berkaitan imigresen yang membelengg­u mereka.

“Kita berharap daripada sesi ini kita mendapat maklum balas dan dapat memberi perkhidmat­an secara efisien dan dalam masa sama kita dapat terus mengingatk­an majikan agar sentiasa menggaji pekerja yang memiliki dokumen sah,” katanya.

Musa berkata menggaji pekerja asing yang memiliki dokumen sah dapat mengelak majikan daripada berhadapan tindakan undang- undang sekali gus dapat mengukuhka­n aspek keselamata­n.

“Kita tidak mahu para majikan ini menggaji pekerja yang kita tidak ketahui identitiny­a dan jangan hanya memikirkan aspek keuntungan semata-mata tetapi fikir sekali aspek keselamata­n,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia