Utusan Borneo (Sarawak)

Katedral St Mary sekali lagi terima kunjungan kerabat diraja England

-

KUALA LUMPUR: Selepas 19 tahun, Katedral St Mary berdekatan Dataran Merdeka di Jalan Raja di sini semalam menerima kunjungan pasangan diraja British. Putera Chrales, Putera Wales dan isteri Camilla, Duchess of Cornwall melawat gereja Anglican ini sebagai sebahagian daripada lawatan sulung tujuh hari mereka ke Malaysia.

Kali terakhir gereja ini menerima kunjungan tetamu daripada keluarga diraja British ialah pada 1998 apabila Ratu Elizabeth II menghadiri upacara pembukaan rasmi Sukan Komanwel Ke-16 di Kuala Lumpur.

Baginda turut melawat gereja ini pada 1989 semasa Mesyuarat Ketua Negara Komanwel di Kuala Lumpur. Putera Charles dan Camilla tiba pada jam 10.10 pagi ketika hujan lebat dan disambut Archbishop Datuk Ng Moon Hing.

Pasangan diraja ini disertai menteri pengiring Datuk Seri S.K. Devamany yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pelawat diraja turut menyertai upacara gereja selama 40 minit dan kemudian bertemu anggota gereja dan beberapa staf Pesuruhjay­a Tinggi British yang turut hadir.

Putera Charles dan Camilla turut menandatan­gani buku pelawat sebelum meninggalk­an gereja. Archbishop Ng memberitah­u Bernama anggota gereja berasa gembira dan teruja dengan kunjungan Putera Wales dan Duchess of Cornwall.

Beliau berkata beliau menunjukka­n kepada Putera Charles plak memperinga­ti kunjungan Ratu Elizabeth II pada 1989 dan baginda berkata baginda mengingati kunjungan itu.

Kunjungan Putera Charles dan Camilla ke Malaysia merupakan sebahagian daripada kunjungan 11 hari waris takhta diraja British ini ke Singapura, Malaysia dan India mulai 30 Okt hingga 9 Nov ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIBA: Putera Charles dan Camilla mengadakan lawatan ke St Mary Cathedral di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Hing (kanan).
— Gambar Bernama TIBA: Putera Charles dan Camilla mengadakan lawatan ke St Mary Cathedral di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Hing (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia