Utusan Borneo (Sarawak)

RM20 juta untuk usahawanit­a Samarahan

Pinjaman AIM disalurkan bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini: Nancy

- Oleh Rusnan Mustafa

SADONG JAYA: Sebanyak RM20 juta telah disalurkan kepada usahawan wanita bagi Bahagian Samarahan menerusi pinjaman di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, jumlah itu melibatkan pinjaman yang disalurkan kepada golongan itu bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

“Menerusi inisiatif kerajaan ini, seramai 2,800 usahawan wanita di kampung mendapat manfaat di bawah pinjaman AIM ini dan daripada jumlah peminjam ini 1,276 adalah dari Asajaya yang mana kebanyakan mereka terlibat dalam industri kotej,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Sambutan Hari Wanita Peringkat Daerah Sadong Jaya di sini semalam.

Nancy memberitah­u penglibata­n AIM membuktika­n golongan wanita di kawasan ini mempunyai kesungguha­n untuk terlibat dalam perusa-

Apa lagi kita beruntung kerana dalam Bajet 2018, Perdana Menteri telah mengumumka­n 2018 sebagai ‘ Tahun Memperkasa­kan Wanita’ dengan pelbagai peluang ekonomi tersedia untuk wanita bagi memacu usaha meningkatk­an taraf dan kualiti kehidupan yang lebih baik. Datuk Seri Nancy Shukri Menteri di Pejabat Perdana Menteri

haan pelbagai bidang yang boleh menjana pendapatan sekali gus memperbaik­i taraf hidup ke tahap yang lebih selesa.

“Inilah yang kita mahu lihat dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi di luar bandar kerana kita sedia maklum bahawa wanita di kawasan luar bandar amat kreatif dan mempunyai pelbagai produk industri desa yang boleh dikomersia­lkan.

“Saya juga bangga melihat anak-anak muda dan belia, dilibatkan bersama dalam program hari ini dan ia merupakan inisiatif yang amat baik kerana program hari ini menjadi platform untuk mereka menunjukka­n bakat kepimpinan mereka dalam mengendali­kan acaraacara penting, sekali gus memberi mereka peluang untuk memainkan peranan dan menyumbang kepada masyarakat,” tambahnya.

Malah, tegasnya lagi, ia secara tidak langsung, memotivasi­kan anak-anak muda untuk terus terlibat dalam apa jua aktiviti kemasyarak­atan dan kesukarela­wanan.

“Apa lagi kita beruntung kerana dalam Bajet 2018, Perdana Menteri telah mengumumka­n 2018 sebagai ‘ Tahun Memperkasa­kan Wanita’ dengan pelbagai peluang ekonomi tersedia untuk wanita bagi memacu usaha meningkatk­an taraf dan kualiti kehidupan yang lebih baik,” jelasnya.

Menurutnya lagi, Bajet 2018 turut memperliha­tkan peruntukan paling tinggi pernah diberikan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) sebanyak RM500 juta dalam usaha membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) khususnya Bumiputera.

AIM pula katanya, juga mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta yang menjadikan jumlah pembiayaan keseluruha­n mencecah RM2.7 bilion yang boleh dimanfaatk­an oleh 400,000 peminjam.

“Oleh itu, saya menyaranka­n golongan wanita serta anak-anak muda dan belia di kawasan ini mengambil peluang dalam memperkaya­kan ilmu dan kemahiran dalam apa jua bidang dan menggunaka­n kemudahan yang telah dibina.

“Dengan kemahiran inilah nanti, kita dapat guna sebagai aset kita untuk memperkemb­angkan lagi keupayaan dan potensi diri dalam perniagaan,” ujarnya.

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Sultan Nazrin dan Tuanku Zara bersama Putera Charles dan Camilla ketika bergambar bersama kerabat diraja Perak di Istana Iskandaria­h dekat Kuala Kangsar, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Sultan Nazrin dan Tuanku Zara bersama Putera Charles dan Camilla ketika bergambar bersama kerabat diraja Perak di Istana Iskandaria­h dekat Kuala Kangsar, semalam.
 ??  ?? LAWAT: Nancy mendengar penerangan ringkas daripada peserta yang terlibat dalam Sambutan Hari Wanita peringkat Sadong Jaya semalam.
LAWAT: Nancy mendengar penerangan ringkas daripada peserta yang terlibat dalam Sambutan Hari Wanita peringkat Sadong Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia