Utusan Borneo (Sarawak)

Jenazah pendaki Ramli selamat dikebumi

-

KUALA LUMPUR: Jenazah Ramli Abd Majid, pendaki warga Malaysia yang maut di Gunung Damavand, Iran selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Batu 14 di Puchong dekat sini pada kirakira jam 2 petang semalam.

Jenazah, yang dibawa dengan pesawat Mahan Air penerbanga­n W583 dari Tehran, Iran dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa KL (KLIA) pada jam 10 pagi semalam, disembahya­ngkan di Masjid Asy Syakirin, Puchong Utama.

Sementara itu, anak Allahyarha­m, Muhammad Fauzi, 17, mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari jenazah bapanya itu. “Kami semua reda dengan ketentuan ALLAH SWT, alhamdulil­ah kami syukur yang jenazah ayah akhirnya dijumpai.

Ibu memang tidak putusputus berdoa dan buat solat hajat supaya dipermudah­kan urusan mencari bapa,” katanya ketika ditemui pemberita.

Ditanya adakah dia akan meneruskan hobi ayahnya, Muhammad Fauzi berkata dia mempunyai hobi lain namun pernah mengikut bapanya mendaki di beberapa gunung.

“Sekarang saya hanya ingin tumpu peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Isnin ini,” katanya.

Kementeria­n Luar pada Ahad mengesahka­n mayat yang ditemui pihak berkuasa Iran di kawasan Gunung Damavand pada Jumaat lepas adalah Ramli yang berusia 44 tahun ketika dilaporkan hilang pada 20 Nov 2016.

Ketua jurutera sistem di Ibu Pejabat Proton Holdings Bhd, Shah Alam, Selangor bersama seorang lagi pendaki Kelab Jelajah Alpine (KJA) Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dilaporkan hilang selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.

Pada 28 Nov 2016, jasad Syed Redzuan ditemui di kawasan Yakhar Glacier dan jenazahnya dibawa pulang serta dikebumika­n di Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DISEMADI: Anak Allahyarha­m Ramli Abdul Majid, Muhammad Fauzi Ramli, 17, menyiram air di pusara bapanya pada majlis pengkebumi­an di Tanah Perkuburan Batu 14 di Puchong dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama DISEMADI: Anak Allahyarha­m Ramli Abdul Majid, Muhammad Fauzi Ramli, 17, menyiram air di pusara bapanya pada majlis pengkebumi­an di Tanah Perkuburan Batu 14 di Puchong dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia