Utusan Borneo (Sarawak)

Tepis persepsi negatif terhadap kerajaan

Gesaan terhadap tentera siber UMNO agar tanggapan buruk dihapus daripada rakyat

-

Tenggelamn­ya beberapa tokoh politik dunia, tenggelamn­ya beberapa parti politik ternama adalah kerana persepsi tidak diurus dengan sebaik-baiknya.

KUALA LUMPUR: Tentera siber UMNO perlu proaktif menangkis sebarang persepsi negatif terhadap kerajaan dan parti khususnya yang boleh menjurus kepada pembunuhan karakter pemimpin yang giat dijalankan pihak- pihak tertentu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata ia penting supaya persepsi buruk itu dapat diurus dengan baik, sekali gus dipadamkan daripada menguasai minda rakyat.

“Pendapat umum serta menggunaka­n media bagi mempengaru­hi sokongan orang awam lebih berkuasa berbanding dengan mahkamah yang ada perundanga­n (dan) jika persepsi dan penggunaan media ini tak diatasi, maka kita akan tenggelam.

“Tenggelamn­ya beberapa tokoh politik dunia, tenggelamn­ya beberapa parti politik ternama adalah kerana persepsi tidak diurus dengan sebaik- baiknya,” katanya semasa berucap pada Kon-

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

vensyen Media Sosial UMNO peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kelmarin.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang kini menjalanka­n tugas Timbalan Presiden UMNO berkata masyarakat ketika ini cenderung mempercaya­i berita palsu, malah mampu menerima berita itu dengan baik.

“Jika tidak dapat diatasi dengan segera dan hanya ja- wab tiga atau empat bulan selepas itu, maka berlaku seperti ( bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia) Datuk S. Ambiga lakukan terhadap PAS apabila PAS dituduh menerima peruntukan RM90 juta daripada Perdana Menteri dan 1MDB ( 1Malaysia Developmen­t Berhad),” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata segala perbezaan pendapat dalam parti harus diselesaik­an dengan baik demi memperkuku­hkan perjuangan parti dalam berdepan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Apabila Perdana Menteri sudah memberikan bajet terbaik dalam semua aspek, apabila seluruh jentera diintegras­i dengan sebaik-baiknya dan kita lupakan perbezaan pendapat, insya- Allah, di bawah kepimpinan sedia ada kita akan memberikan hadiah kemenangan dengan majoriti dua pertiga, Insya-Allah,” katanya.

Mengenai Konvensyen Media Sosial UMNO, Ahmad Zahid berkata ia harus dijadikan panduan kepada semua anggota parti dalam berdepan pelbagai isu menyentuh parti di media sosial.

Konvensyen anjuran Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO itu bertujuan memberi penerangan berhubung kepentinga­n, etika media sosial dan gerak kerja yang lebih berkesan kepada semua penggiat media sosial UMNO bagi menghadapi PRU14. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAUNGAN UMNO: Zahid (tengah) bergambar bersama para anggota UMNO dan melaungkan ‘Hidup UMNO’ selepas berucap pada Konvensyen Media Sosial UMNO Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama LAUNGAN UMNO: Zahid (tengah) bergambar bersama para anggota UMNO dan melaungkan ‘Hidup UMNO’ selepas berucap pada Konvensyen Media Sosial UMNO Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia