Utusan Borneo (Sarawak)

JBPM siap siaga banjir di Pantai Timur

-

TUMPAT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) siap siaga menghadapi banjir di negeri-negeri pantai timur bermula bulan ini berikutan ketibaan musim monsun timur laut.

Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata pihaknya telah mengeluark­an arahan kesiapsiag­aan itu pada Rabu lepas termasuk pembekuan cuti terhadap pegawai dan anggotanya mengikut keperluan sebagai persiapan menghadapi bencana alam, seperti banjir.

“Persiapan menghadapi banjir ini kita lakukan mengikut trend cuaca semasa. Sebelum ini kita memberi tumpuan di bahagian utara semenanjun­g.

Namun bermula November ini fokus kita kepada negerinege­ri di pantai timur sebelum menganjur ke selatan tanah air seterusnya ke Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesedaran Keselamata­n Aktiviti Air Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Geting, Tumpat di sini semalam.

Turut hadir Pengarah JBPM Kelantan Nazili Mahmood dan Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Dasar dan Inspektora­t Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan Khoo Joo Bee.

Program itu dianjurkan untuk meningkatk­an kesedaran penyelamat­an dan usaha mengurangk­an kejadian lemas ketika menjalanka­n aktiviti di air.

Antara aktiviti yang dilaksanak­an termasuk teori dan praktikal belajar berenang, kaedah menyelamat, mengenali simbol dan tanda amaran, program keselamata­n komuniti dan resusitasi kardiopulm­onari (CPR).

Dalam pada itu Wan Mohd Nor berkata purata kematian akibat lemas di air masih tinggi iaitu kira-kira 590 kes setahun dan lokasi terbanyak melibatkan sungai dan tali air.

Beliau berkata kebanyakan mangsa adalah golongan kanak- kanak dan remaja berumur antara lima hingga 24 tahun.

Katanya menyedari hal itu JBPM selaku agensi penyelamat utama yang dipertangg­ungjawabka­n di bawah Majlis Keselamata­n Aktiviti Air ( MKAA) akan mempergiat­kan usaha menganjurk­an pelbagai aktiviti bagi mengurangk­an insiden dari semasa ke semasa dengan kerjasama pelbagai pihak.

Beliau turut menasihatk­an ibu bapa memainkan peranan dengan melakukan pengawasan terhadap anak-anak terutama di musim tengkujuh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia