Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2018 jaga kebajikan semua kaum di M’sia: MAICCI

-

SUNGAI PETANI: Bajet 2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, disifatkan sebagai bajet terbaik merangkumi kebajikan semua kaum, khususnya terhadap kira-kira 2.09 juta masyarakat India di negara ini.

Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian India Malaysia (MAICCI), Tan Sri Dr K Kenneth Eswaran berkata terdapat banyak peruntukan disediakan untuk masyarakat India serta kaum lain di negara ini, meliputi semua bidang menerusi bajet kali ini.

“Saya melihat Bajet 2018 terdiri daripada dua sudut, se- cara khusus untuk masyarakat India dan peruntukan untuk semua kaum yang juga dapat dinikmati oleh masyarakat India di negara ini.

“Banyak peluang disediakan yang boleh dimanfaatk­an masyarakat India antaranya Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), pertanian, getah dan sebagainya,” katanya selepas merasmikan Jerawaraya Program Transforma­si Masyarakat India di sini, semalam.

Sementara itu, beliau berkata masyarakat India di negara ini perlu terus memberi sokongan terhadap pentadbira­n Najib, yang telah mem- buktikan kebajikan semua kaum di negara ini terjamin.

“Semua kaum India berterima kasih kepada Perdana Menteri, yang betul-betul ingat kepada ( kebajikan) semua kaum di negara ini. Beliau melihat bukan sahaja golongan berpendapa­tan rendah ( B40) tetapi juga sederhana (M40).

Dalam pada itu, program anjuran bersama MAICCI dan Unit Pembanguna­n Sosioekono­mi Masyarakat India (SEDIC) itu turut dihadiri Pengerusi Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian India Kedah (KICCI), Sri Kanthan dan Pengerusi MIC Kedah, Senator Datuk Jaspal Singh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia