Utusan Borneo (Sarawak)

Bonatini bantu Wolves kutip tiga mata

-

LONDON: Leo Bonatini menjaringk­an gol dalam perlawanan keenam berturuttu­rut apabila Wolverhamp­ton Wanderers melebarkan kelebihan mereka di tempat teratas liga Championsh­ip dengan kemenangan 2-0 ke atas Fulham kelmarin.

Pemain berusia 23 tahun dari Brazil itu menambah kepada gol pembukaan Romain Saiss untuk meletakkan Wolves empat mata di hadapan tetapi Cardiff dapat mengurangk­annya kepada satu jika mereka menewaskan Bristol City di tempat lawan semalam.

Pengurus Wolves dari Portugal, Nuno Espirito Santo – yang telah dikaitkan dengan jawatan kosong di Everton tetapi menyatakan dia tidak berminat – gembira dengan cara pemainnya menepis kesan daripada bermain dalam perlawanan ketiga dalam tempoh seminggu.

“Saya gembira dengan keputusan dan prestasi pasukan,” kata bekas pengurus Porto berusia 43 tahun itu kepada Sky Sports.

“Bagi perlawanan ketiga dalam masa seminggu, ia adalah menakjubka­n, masa tidak ada untuk pulih sepe- nuhnya dan para pemain berusaha seperti apa yang mereka buat, jadi kita mesti rasa bangga.”

Fulham jarang mengancam dan kelihatan seperti bayang-bayang pasukan yang mara ke peringkat play-off pada musim lepas hanya untuk gagal mencapai matlamat.

Kekalahan kelmarin menyaksika­n mereka menduduki tempat ke- 16 dan tanpa kemenangan dalam lima perlawanan yang boleh meletakkan tekanan ke atas pengurus Slavisa Jokanovic. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MANTAP: Barisan kesebelasa­n utama Tottenham Hotspur semasa aksi perlawanan Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Stadium Wembley, baru-baru ini.
— Gambar AFP MANTAP: Barisan kesebelasa­n utama Tottenham Hotspur semasa aksi perlawanan Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Stadium Wembley, baru-baru ini.
 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia