Utusan Borneo (Sarawak)

Pochettino pastikan Hotpsur terus berpijak di bumi nyata

-

LONDON: Mauricio Pochettino berjanji pemainnya di Tottenham Hotspur akan terus berpijak di bumi nyata apabila mereka menentang Crystal Palace, kelab tercorot dalam Liga Perdana Inggeris ( EPL), di Wembley pada malam ini (Ahad).

Tottenham masih menikmati sanjungan yang telah diberikan kepada mereka sejak mereka menewaskan juara Liga Juara-Juara Real Madrid 3-1 di bawah gerbang Wembley pada Rabu lepas.

Suasana pasti malap jika Palace, yang belum lagi menjaringk­an gol dalam lima kekalahan liga di stadium lawan, tidak tewas pada hujung minggu ini dan Pochettino telah memberi amaran kepada pemainnya untuk tidak hilang tumpuan.

“Kita mesti fokus. Kita mesti menggunaka­n keputusan itu untuk mengangkat diri dan membina keyakinan,” kata pengurus Tottenham itu.

“Namun kita faham kita mesti berusaha gigih untuk mendapatka­n satu lagi keputusan yang baik Ahad ini. Ia sentiasa sukar untuk bermain dari Rabu hingga Ahad. Usaha itu amat hebat.

“Kita mesti bersedia untuk perlawanan yang sangat sukar. Crystal Palace mempunyai pasukan yang sangat bagus. Mereka bergelut dari awal musim.

“Mereka menukar pengurus, tetapi kita sangat mengenali Roy Hodgson. Kita menjalin hubungan baik dengannya dari pasukan kebangsaan. Mereka sentiasa teratur. Ia pasti mengerah banyak tenaga.

“Ia memang benar bahawa cabaran sekarang adalah untuk fokus. Ia adalah peluang yang amat besar untuk melupakan perlawanan menentang Real Madrid.”

Kekalahan 1-0 yang dialami Spurs di Manchester United (MU) pada hujung minggu lepas meninggalk­an mereka lapan mata di bawah pendahulu Manchester City di tempat ketiga dan Pochettino sudah bimbang.

“Crystal Palace adalah satu lagi perlawanan akhir bagi kami,” katanya. “Selepas kekalahan kami kepada MU, ia adalah penting untuk menang lagi dalam EPL.

“Kita sangat tahu dalam bola sepak, kita mesti berpijak di bumi nyata. Semua perlawanan begitu penting dan sukar. Kita tidak dapat relaks apabila kita bertanding dalam perlawanan ini.”

Kemenangan ke atas Madrid, yang membawa Spurs ke peringkat 16 terakhir, dicapai dengan kecederaan kepada Hugo Lloris (pangkal paha) dan Toby Alderweire­ld (hamstring) yang tidak mengizinka­n mereka untuk bermain dalam perlawanan pada malam ini.

Palace amat memerlukan kemenangan, tetapi pengurus Hodgson tidak menjangka Tottenham akan bersikap sambil lewa dan tidak menghormat­i kelabnya yang bermasalah.

“Mereka muda, profesiona­l dan diurus dengan baik,” katanya.

“Saya pasti terkejut jika kita tidak melihat Spurs bermain dengan baik. Saya menjangkak­an pasukan yang saya kagumi sejak awal musim. Mereka menewaskan Real 3-1, tetapi mereka sepatutnya dapat menjaringk­an enam gol.

“Mengenali Pochettino, dia akan memberitah­u semua perkara yang betul kepada pasukannya – sentiasa berlari dan buat apa yang mereka buat selama ini – dan pastinya tidak ada sikap sambil lewa.

“Soalan besar ialah sama ada pemain dapat melaksanak­annya ataupun tidak.” — AFP

 ??  ?? POCHETTINO
POCHETTINO
 ??  ?? HODGSON
HODGSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia