Utusan Borneo (Sarawak)

Fredericks disiasat atas dakwaan tuduhan rasuah

-

PARIS: Bekas juara pecut dunia Frankie Fredericks didakwa kelmarin atas tuduhan- tuduhan rasuah pasif dan pengubahan wang yang ada kaitan dengan siasatan rasuah ke atas pemberian Sukan Olimpik kepada Rio pada tahun lepas, kata sumber kehakiman.

Fredericks, ahli Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) yang menafikan sebarang “pembabitan dalam kelakuan yang tidak diduga”, sedang disiasat oleh pihak berkuasa Perancis berhubung pembayaran sebanyak 262,000 euro (RM1.26 juta) yang dia terima dari Papa Massata Diack, anak bekas presiden Persekutua­n Persatuan Olahraga Antarabang­sa (IAAF) Lamine Diack, pada 2 Oktober 2009 – hari Rio memenangi bidaan.

Fredericks, pemenang pingat perak Olimpik sebanyak empat kali, dibawa ke hadapan seorang hakim di Paris pada Khamis lepas.

Penyiasat Perancis sedang meneliti kemungkina­n bahawa rasuah itu dibayar berhubung pemberian Sukan Olimpik 2016 kepada Rio dan Sukan Tokyo 2020.

IOC, yang bekerja sama dengan siasatan Paris, berkata pegawai kepatuhan etikanya akan menyemak keputusan mahkamah.

“Dan dia akan melaporkan kepada suruhanjay­a etika yang bermesyuar­at Isnin ini,” kenyataan itu menyebut dan menambah: “Seperti mana- mana prosedur, hak untuk didengar perlu dihormati.”

Siasatan umumnya berkisar sekitar aktiviti Papa Massata Diack, yang bersama Lamine Diack turut menghadapi tudu- han di Perancis berhubung jutaan dolar yang dibayar untuk menutup kegagalan doping oleh atlet Rusia.

Fredericks mendakwa pembayaran itu, yang pertama kali didedahkan oleh akhbar Le Monde di Perancis pada Mac lalu, diterima bagi khidmat promosi yang disediakan antara 2007 hingga 2011 di bawah kontrak yang ditandatan­gani pada 11 Mac 2007 dan tidak ada kaitan dengan Sukan Olimpik.

Ekoran dakwaan rasuah itu, warga Namibia berusia 50 tahun itu meletak jawatan sebagai ketua jawatankua­sa IOC yang menilai bidaan untuk menganjurk­an Sukan Olimpik 2024.

IAAF menggantun­g Fredericks buat sementara waktu daripada majlis pemerintah­nya pada 17 Julai lalu sementara ia melancarka­n siasatan ke atas dakwaan rasuah terhadapny­a.

Pada Mac lalu, Fredericks turut meletak jawatan dari sebuah pasukan petugas IAAF yang berusaha untuk mengembali­kan Rusia yang dicemari doping ke dalam sukan global. — AFP

 ??  ?? FREDERICKS
FREDERICKS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia