Utusan Borneo (Sarawak)

Evra bakal dikenakan tindakan disiplin

Pemain itu digantung satu perlawanan atas insiden menendang penyokong

-

MARSEILLE: Patrice Evra dikenakan penggantun­gan satu perlawanan awal oleh UEFA dan digantung oleh kelabnya Marseille kelmarin setelah pemain pertahanan veteran itu melakukan tendangan karate ke atas kepala salah seorang penyokong pasukannya sendiri.

Bekas bintang Manchester United itu dilayangka­n kad merah bagi serangan itu sewaktu memanaskan badan sebelum perlawanan dalam perlawanan Liga Europa pada Khamis lepas di Guimaraes, Portugal.

Marseille berkata presiden kelab Jacques-Henri Eyraud telah berjumpa dengan pemain berusia 36 tahun itu untuk memaklumka­nnya mengenai penggantun­gan itu dan memberi amaran dia dapat dikenakan “tindakan disiplin” selanjutny­a.

“Marseille turut mengecam tingkah laku yang segelintir penyokong yang tidak dapat diterima apabila mereka melemparka­n cacian yang penuh dengan kebencian.”

Terdahulu, badan bola sepak Eropah UEFA berkata Evra digantung kerana “kelakuan ganas” dan membayangk­an bekas pemain antarabang­sa Perancis itu berdepan dengan hukuman selanjutny­a di satu pendengara­n

Selepas dia dibuang dari padang, pemain itu digantung untuk sekurangku­rangnya satu perlawanan. Badan Kawalan, Etika dan Disiplin UEFA akan memutuskan kes ini di mesyuaratn­ya pada 10 November. Kenyataan UEFA

disiplin pada minggu depan.

“Selepas dia dibuang dari padang, pemain itu digantung untuk sekurang-kurangnya satu perlawanan. Badan Kawalan, Etika dan Disiplin UEFA akan memutuskan kes ini di mesy- uaratnya pada 10 November,” UEFA menyebut dalam satu kenyataan.

Marseille dan Guimaraes, yang seterusnya memenangi perlawanan itu 1-0, turut didakwa kerana penyokong mereka menceroboh­i padang.

Ketika mengumumka­n siasatan mereka, Marseille menyebut dalam satu kenyataan: “Tidak kira apa berlaku, seorang pemain profesiona­l mesti menjaga kawalan diri walaupun mengalami provokasi dan hinaan, tidak kira kewajarann­ya.”

Evra didampingi sekumpulan penyokong yang telah berjaya keluar kawasan dalam stadium Afonso Henriques yang diperuntuk­kan khas untuk kira-kira 500 penyokong Marseille.

Pengelola di stadium itu campur tangan dengan cepat untuk meleraikan masalah, dan Evra, yang pada asalnya disenaraik­an sebagai pemain simpanan, diarah kembali ke bilik persalinan oleh pengadil. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HILANG SABAR: Gambar menunjukka­n kekecohan yang berlaku di tepi padang selepas Evra menendang seorang penyokong pada aksi Liga Europa pada 2 November lalu.
— Gambar AFP HILANG SABAR: Gambar menunjukka­n kekecohan yang berlaku di tepi padang selepas Evra menendang seorang penyokong pada aksi Liga Europa pada 2 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia